Satu lawan satu ramuan terbaik menghadapi PRU-15, kata Ketua Pemuda PN

August 27, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) perlu membuka pintu rundingan dan mencari persefahaman dengan gabungan yang lain bagi memastikan tidak bertembung banyak penjuru seperti yang berlaku di Melaka dan Johor, kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Pemuda PN itu berkata ramuan satu lawan satu adalah yang terbaik untuk memastikan kejayaan pada PRU-15 kerana jika berlaku pertembungan banyak penjuru ia dibimbangi akan mengulangi episod sama yang menyebabkan banyak kerusi tewas tipis dan dimenangi UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Untuk kita mara ke Putrajaya, tuan-tuan yang saya kasihi sekalian mewakili pemuda Perikatan Nasional juga perlu untuk saya nyatakan bahawa ramuan yang paling baik dalam pilihan raya akan datang ialah satu lawan satu.

“Ini yang paling baik. Satu lawan satu. Kita bimbang kalau kita masih lagi mengulangi isu tiga penjuru kita tidak mampu untuk mara ke Putrajaya dengan begitu baik,” katanya semasa sesi penggulungan di Konvensyen PN di MAEPS, Serdang hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menggesa agar pemimpin atasan PN mencari jalan terbaik untuk meneruskan rundingan dengan gabungan yang dilihat selari dan boleh duduk sama satu meja.

“Rundingan perlu terus dilakukan justeru pimpinan sudah tentu melihat bahawa di antara Pakatan Harapan yang telah memerintah dengan begitu bahaya polisinya dan Barisan Nasional yang sudah ada liabilitinya mana satu yang boleh kita perbaiki untuk kita jadikan sebagai suatu kawan untuk kita mara ke Putrajaya.

“Kalaulah seandainya namanya Barisan Nasional ataupun UMNO Barisan Nasional ada sedikit perubahan di kalangan mereka. Saya fikir kita fikir rundingan perlu dibuat. Untuk kita memastikan supaya tragedi 2018 tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Bagaimanapun sekiranya tidak dapat dielakkan juga pertembungan banyak penjuru, Fadhli berkata satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi melihat sejauh mana perkara tersebut akan memberi kesan kepada keputusan yang akan diperoleh PN dalam PRU-15 nanti.

“Kita tidak mahu untuk nak melawan mood konvensyennak lawan Barisan Nasional tetapi rasionalnya tuan-tuan sekalian kalau kita bertempur tiga penjuru adakah kita boleh menang? Ini kajian yang perlu untuk dilakukan dengan begitu terperinci,” ujarnya lagi.

Namun, Fadhli yakin rakyat akan dapat menilai parti mana yang lebih mempunyai integriti dan menyifatkan pendedahan dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) baru-baru ini akan membuka mata banyak pihak siapa sebenarnya yang lebih mempunyai integriti.

“Isu LCS di ini hanyalah permulaan sahaja, saya yakinselepas daripada ini akan ada lagi skandal-skandal yang akan didedahkan yang menyebabkan Insha-Allah rakyat akan melihat Perikatan Nasional sebagai pilihan yang utama untuk mara ke Putrajaya,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
19 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
22 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
9 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
10 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok