Sanusi: Nak debat apa isu dah selesai?

August 5, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor menegaskan beliau menolak pelawaan untuk berdebat berkait isu unsur nadir bumi (REE) kerana ia sudah selesai dan tiada lagi yang perlu didebatkan.

Beliau menyentuh soal pelawaan berdebat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang ditolaknya sebelum ini.

Saifuddin dilihat terus-terusan menyerang Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkait kes kecurian REE yang berlaku di Kedah hingga mengadakan sidang akhbar dan membuat pelbagai dakwaan.

“Semua agensi sudah selesaikan siasatan, kemudian itu dia nak serang sayalah kot. Isu di Kedah ini REE jadi nak calarkan Sanusi ini kita kena bongkar isu REE ini. Nak bongkar apa lagi benda dah selesai?

“Lepas itu depa ajak saya debat dengan Saifuddin, saya kata debat apa benda yang dah selesai? Benda dah selesai orang tak debat dah. Atau pun benda yang masih dalam siasatan pun tak boleh didebatkan. Ini debat politik. Kita jadi kerajaan nak selesaikan masalah, ada agensi, ada jabatan dan ada undang-undang.

“Kerajaan patut bertindak ikut agensi kerajaan. Yang dia ini nak heret perkara-perkara ini jadi isu politik saya rasa tak patut dilayan. Jadi oleh kerana dia ini tak ada kerja, saya layan pi lah sikit-sikit,” katanya ketika bersiaran langsung di TikTok bersama Sir Azri, malam ini.

Mengulas soal dakwaan Saifuddin yang mengaitkannya dengan individu bernama So Loi Fat yang merupakan Pengerusi Prospek Suria Kedah, Sanusi menjelaskan kawasan yang dipohon Prospek Suria dan kawasan yang berlaku kecurian adalah lokasi yang berbeza.

“Prospek Suria Kedah ini JV (usaha sama) dengan MBI (Menteri Besar Incorporated) dan dia (Prospek Suria) plot satu kawasan di Bukit Enggang itu. Kawasan diplot itu masih belum diapa-apakan lagi. Kecurian itu berlaku di luar kawasan yang diplot Prospek Suria.

“Mereka tuduh kecurian yang berlaku dalam kawasan Prospek Suria. Tak betul. Dia tuduh seolah-olah So Loi Fat ini yang curi tapi yang curi, kena dakwa, kena denda ini Cina rakyat Malaysia. Prospek Suria ini JV dengan MBI, MBI ini agensi kerajaan mana boleh buat kerja curi-curi ini semua,” katanya.

Berita berkaitan
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Kau jadi menteri sebab Anwar sayang saja, kata Afif bidas Saifuddin Nasution
September 17, 2023· Politik
Zahid bebas kes rasuah, ini jawapan balas Saifuddin Nasution
September 4, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok