Sama kebal dengan peserta baju hitam, Anwar mahu hadir ke Parlimen

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sama kebal dengan peserta baju hitam yang tidak takut ancaman Covid-19 dan tetap mahu hadir ke Parlimen esok walaupun Sidang Khas Dewan Rakyat sudah ditangguhkan.

Melihatkan semangat pejuang baju hitam semalam yang menyokongnya, Anwar semakin membara semangat untuk menjadi bakal Perdana Menteri dengan mendesak supaya pintu Parlimen dibuka esok bagi membolehkannya menjerit-jerit dalam dewan sama seperti penyokongnya di Dataran Merdeka.

Anwar dengan nada keras mendakwa kononnya penangguhan tersebut bermotifkan politik, ia walaupun sebelum ini sudah terdapat lebih 40 kes positif Covid-19 dilaporkan dikesan melibatkan individu di Parlimen.

“Kami juga memberi amaran keras kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian-Kementerian, termasuk ketua pengarah kesihatan, untuk menutup Parlimen pada Isnin ini,” kata Presiden PKR Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

“Ketua Pengarah Kesihatan juga diingatkan agar tidak membenarkan diri beliau diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.”

Sebelum ini, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan Ahli-Ahli Parlimen sidang khas yang sepatutnya bersambung esok akan ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan, selari dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan penilaian risiko Covid-19 oleh kementerian kesihatan.

Pada Khamis, Noor Hisham mengarahkan supaya bangunan Parlimen dikuarantin susulan pengesanan beberapa kes Covid-19 di lokaliti tersebut.

Langkah tersebut menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang, yang menunggu penjelasan kerajaan mengenai teguran Istana Negara berhubung pembatalan ordinan-orfinan darurat oleh kerajaan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat esok dibuat atas nasihat Noor Hisham selepas penilaian risiko berikutan peningkatan kes dikesan di Parlimen sejak Isnin lalu.

“Jika di tempat lain, apabila jumlah kes positif dikesan melebihi 40, kawasan itu sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi inilah yang orang marah, seolah-olah kami ini ‘kayangan’ ada imuniti dan kekebalan.

“Sepatutnya persidangan tidak boleh dijalankan. Tetapi kebenaran khas diberikan dengan mengurangkan bilangan seramai 80 orang yang boleh berada dalam dewan serta memendekkan perbahasan bagi mengelakkan berlaku penularan,” katanya lapor Bernama semasa sidang media.

BERITA BERKAIT
POPULAR