Salahuddin yakin pengundi UMNO tiada masalah undi calon parti dalam PH

May 20, 2023 · Politik

Datuk Seri Salahuddin Ayub berpendapat ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi, tiada masalah untuk mengundi calon bukan daripada parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tahun ini.

Timbalan Presiden Amanah itu percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon yang telah ditetapkan, menurut laporan Bernama.

“Kita harap undi daripada PH akan dapat diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan begitu juga sebaliknya, transformasi ini penting, jadi saya harap dengan kesepakatan itu calon yang ditampilkan dapat sokongan sama ada PH atau BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersama Ahli Parlimen Pulai hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada Kerajaan Perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Salahuddin berkata berdasarkan pengalamannya, berada dalam gabungan parti politik, kebiasaannya ahli parti akan patuh dan undi calon yang telah dipersetujui oleh pemimpin mereka.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
1 jam lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu· Politik
Kenapa penyokong DAP diam? Nur Jazlan persoal sokongan kepada UMNO
June 5, 2023· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
2 jam lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
13 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
13 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok