Saifuddin tawar diri tanding Timbalan Presiden PKR

April 1, 2022 · Politik

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu yang dijadualkan Mei depan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu membuat pengumuman berkenaan ketika berucap pada mesyuarat agung cabang Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya sebelum membuat pengumuman itu beliau telah memaklumkan hasratnya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kepemimpinan tertinggi parti yang lain.

“Kalau harapan telah saya ungkapkan saya dengan ini dengan penuh keinsafan dan rendah diri… saya, Saifuddin Nasution mengumumkan pada hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden,” katanya.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menggariskan beberapa alasan supaya ahli parti memberi sokongan kepada beliau.

Antaranya ialah pengalaman dan ketaatan beliau kepada pimpinan dan perjuangan parti selama hampir 23 tahun.

“Saya bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi presiden yang kini disandang Datuk Seri Anwar seperti sebelumnya membantu Dr Wan Azizah (Ismail) untuk mengukuh dan mempersiap parti menghadapi pilihan raya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruh.

“Saya mohon rakan-rakan dan anggota parti mengambil perhatian, sikap dan pendirian saya yang betul-betul datang dari jiwa saya bahawa saya mengalu-alukan pengumuman awal sahabat saya Rafizi Ramli yang ikut menawar diri.

“Sejujurnya, Rafizi merupakan aset parti. Seorang yang kreatif, intelektual, tinggi daya juang, dan dihormati kawan dan lawan. Justeru, persaingan ini adalah tawaran dua rakan yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi yang diizinkan di dalam perlembagaan parti,” katanya.

Berita berkaitan
Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran
May 28, 2023· Politik
Ringgit jatuh, kerajaan tak cadang semak semula unjuran ekonomi: Rafizi
May 28, 2023· Isu semasa
Jangan perasan, Zahid sindir Hadi
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
36 minit lalu · Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
2 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
4 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
6 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok