Saifuddin sindir Dr Mahathir ‘bila terdesak cari kawan, semasa senang mungkir janji’

October 21, 2022 · Politik

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sedia berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, namun pandangan berbeza disuarakan pula Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin sebaliknya menyindir bekas Perdana Menteri dua kali itu dengan berkata bila susah baharu mahu mencari kawan tetapi bila senang dimungkiri janji pula.

“Kami hormat sebagai rakan yang pernah kami ada pengalaman berjuang bersama. Kami faham ketika terdesak mencari kawan, semasa senang mungkiri janji.

“Ya. Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional). Namun, PH hadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Dr Mahathir membuat rayuan dan permintaan untuk berjumpa dengan Anwar bagi membincangkan kerjasama pada PRU-15.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata keutamaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyatukan parti komponen dan meneruskan pakatan pilihan raya dengan parti yang dipersetujui gabungan itu.

Namun, jelasnya kerjasama itu bukan dengan Dr Mahathir dan Pejuang.

“Kami pernah mempunyai hubungan dengan Mahathir pada PRU 2018 dengan niat dan tujuan yang baik iaitu menjatuhkan kerajaan kleptokrat.

“Hasilnya Mahathir jadi Perdana Menteri dengan dokongan parti-parti PKR, DAP dan Amanah. Ketika itu semua keputusan dibincang bersama tapi Mahathir letak jawatan tanpa sepatah pun bawa bincang.

“Pendirian Mahathir juga sangat jelas bahawa dia tidak pernah cuba mematuhi perjanjian yang dimeterai. Dia tahu tentang perancangan khianat dari dalam. Dan dia pilih untuk melanggar janji disepakati,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan hasrat untuk bertemu Presiden PKR itu bagi menawarkan kerjasama menjelang PRU-15.

Bercakap melalui sebuah klip video yang disiarkan di Facebooknya hari ini (21 Oktober 2022), Dr Mahathir tidak kisah sekiranya dilabel tidak tahu malu ataupun menjilat ludah sendiri.

“…kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikiran semacam (seperti) saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan.

“Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat lidah semula tidak memberi kesan kepada saya. Yang penting matlamat kita untuk menyekat orang yang merosakkan negara tercapai,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok