Saifuddin jangka UMNO terus bergolak selepas Najib dipenjara

August 23, 2022 · Politik

Pergolakan dalaman UMNO dijangka berterusan selepas bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak disabitkan hukuman dan dipenjarakan bermula hari ini, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung PKR itu tidak menolak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berdepan tekanan daripada penyokong Najib selepas boss mereka dipenjarakan dan berkemungkinan pergolakan dalaman parti itu akan berterusan.

“Rasa tak puas hati terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan memuncak. Ismail dilihat ‘cuci tangan’ dan ini tidak dapat diterima oleh ahli-ahli UMNO yang menyokong Najib,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut Saifuddin, UMNO akan dilihat bersih selepas Najib dijatuhi hukuman tetapi mereka kehilangan aset yang berharga untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Jika Najib dianggap liabiliti, kini liabiliti itu sudah dihukum dan UMNO sedikit dilihat ‘bersih’.

“Jika Najib dilihat sebagai aset, UMNO akan kehilangan watak yang ‘popular’, yang dilihat berjaya pulihkan UMNO selepas kalah PRU-14 yang lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Saifuddin berharap supaya Najib sekeluarga sabar dan bertabah dalam menghadapi ujian yang melanda.

Jelasnya lagi, keputusan kes Najib tidak menjadikan Pakatan Harapan (PH) semakin kuat tetapi sebaliknya perlu meneruskan usaha sendiri untuk memenangi hati rakyat.

“PH tidak terus kuat hanya kerana Najib dihukum penjara. PH hanya akan kuat dengan usaha dan ikhtiar sendiri.

“Justeru saya tidak pernah memilih Najib sebagai sasaran kerana mengikuti kes mahkamah yang beliau hadapi, ia soal masa sebelum beliau dipenjarakan,” katanya lagi.

Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib bersambung hari ini dengan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan sabitan hukuman terhadapnya dalam keputusan di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
8 jam lalu· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
10 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
16 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
16 jam lalu· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
16 jam lalu · Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok