Sabah sedia terima jika Negeri Sembilan tolak Khairy, kata Hajiji

September 10, 2022 · Politik

Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin terus popular dalam kalangan rakyat Malaysia, namun terus mengelak persoalan di mana beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Namun secara berjenaka Khairy berkata beliau akan bertanding kerusi Parlimen kota Kinabalu.

Ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan bertanding sama ada di kerusi Parlimen Tampin atau Kuala Pilah pada PRU-15, itu beliau secara bergurau menyatakan “Kota Kinabalu”.

Tak apa lah,” katanya ketika ditekan lebih lanjut, sebelum mengakhiri temu bual selepas menghadiri majlis pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat-Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, hari ini (10 September 2022).

Pada majlis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga nampaknya menyemarakkan lagi spekulasi selepas membuat rujukan samar mengenai situasi kerusi Khairy dalam ucapannya.

Hajiji, yang juga mengetuai Bersatu Sabah, melahirkan rasa terima kasih negeri itu terhadap keprihatinan Khairy berhubung keperluan penjagaan kesihatan di Sabah.

Beliau berkata Khairy sendiri telah membentangkan dan mencadangkan kemudahan kesihatan yang diperlukan di negeri itu pada mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (8 September).

“Beliau peka dengan keperluan kita di Sabah dan semua menteri Kabinet negeri yang hadir ketika mesyuarat itu amat terharu dan merakamkan penghargaan.

“Jika Negeri Sembilan tidak boleh menerima (Khairy), Sabah bersedia untuk menerimanya,” katanya, disambut sorakan hadirin.

Sebelum ini, Khairy memberitahu berkemungkinan tidak bertanding semula di Parlimen Rembau, kerusi yang disandangnya sejak 2004 setelah beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, yang mahu bertanding peringkat Parlimen.

“Saya (baru-baru ini) menerima satu mesej daripada (Timbalan Presiden Umno) Mohamad (Hasan) untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain.

“Tak apa. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” kata Khairy.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok