Saarani akui terima PH, DAP setelah ditawar jawatan Menteri Besar

November 21, 2022 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Saarani Mohamad mengakui bersetuju berpakat dengan Pakatan Harapan dan DAP menubuhkan kerajaan negeri Perak setelah ditawarkan jawatan Menteri Besar.

“BN bersedia menjadi pembangkang sebab kami sedar diri yang kita kalah.

“Tetapi bila ada mana-mana parti yang tawarkan kami untuk bentuk kerajaan dan memberi peranan kepada kami untuk turut serta dalam pentadbiran kerajaan, sudah semestinya saya kena terima.

“Kalau tak terima, tentu ahli (UMNO) akan kata saya bodoh. Betul tak?,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang tadi, menurut laporan BH.

Saarani berkata, BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi bukan dominan.

Beliau berkata, bukan Barisan Nasional (BN) yang hendak jawatan Menteri Besar, sebaliknya kedudukan itu ditawarkan oleh PH jika bersetuju dengan kerajaan campuran Perak di antara BN dan PH.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November lalu, Perikatan Nasional memenangi 26 kerusi, berbanding PH (24) dan BN (sembilan, termasuk lapan daripada UMNO).

Daripada 24 kerusi DUN yang dimenangi PH, 18 adalah daripada DAP iaitu Aulong; Pokok Assam; Jalong; Canning; Tebing Tinggi; Pasir Pinji; Bercham; Kepayang; Buntong; Jelapang; Menglembu; Tronoh; Pantai Remis; Astaka; Malim Nawar; Keranji; Pasir Bedamar; dan Sungkai.

Saarani mendakwa BN Perak menerima tawaran PH berhubung jawatan Menteri Besar berbanding dari Perikatan Nasional yang tidak sempat mengadakan pertemuan empat mata, bagi berunding serta diberikan sebarang peranan.

“Berbanding Perikatan Nasional, mereka tidak datang berjumpa saya untuk berunding atau diberi sebarang peranan. Jadi, sebab itu saya pilih PH.

“Memang pada awal pagi 20 November (semalam) saya ada dikunjungi Setiausaha Perhubungan Perikatan Nasional Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, tetapi dia hanya diberikan mandat untuk menguruskan perjumpaan antara saya dengan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Perikatan Nasional Perak).

“Zainol tidak boleh buat apa-apa ketika itu (mengemuka tawaran). Tetapi pada jam 10 pagi semalam sebelum hadir mesyuarat Biro Politik UMNO, saya berjumpa Peja dan Zainol dan maklumkan pada mereka bahawa saya sudah diberi tawaran oleh PH, seterusnya menyarankan agar mereka pula mengemuka tawaran.

“Namun, tiada apa-apa tawaran saya terima daripada mereka, sedangkan DUN serta kerajaan Perak perlu segera wujud bagi membolehkan bajet kerajaan negeri diluluskan,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok