RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan

August 16, 2022 · Politik

Larangan menerima dana politik daripada syarikat yang mendapat kontrak kerajaan adalah antara perkara yang dimasukkan ke dalam garis panduan penyediaan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selain itu larangan menerima daripada pihak berkepentinagn dalam kerajaan, negara luar dan pertubuhan bukan kerajaan luar negara juga dimasukkan ke dalam garis panduan itu.

“Satu lagi yang dibincangkan adalah syarikat yang mendapat kontrak daripada kerajaan ini, jangan nanti dia jumpa menteri… bagitau pihak dia ada sumbangkan dalam dana politik, jadi kena bagi kontrak kepada syarikat dia.

“Itu antara garis panduan, ia belum dilibat urus (bersama Ahli-Ahli Parlimen) lagi,” katanya pada sidang media hari ini.

Sumbangan politik oleh syarikat yang mendapat kontrak kerajaan diberi perhatian setelah perkara itu berbangkit ketika perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melibatkan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Dalam keterangan di mahkamah berkaitan kes itu, bekas pegawai kanan UKSB – syarikat tempatan yang mendapat kontrak pemberian sistem visa asing luar negara (VLN) – telah memaklumkan memberi sumbangan politik kepada pemimpin negara, termasuk Zahid, serta parti politik.

Sementara itu, memetik Bernama, Wan Junaidi berkata bentuk hukuman dan denda di bawah rang undang-undang yang dicadang untuk dibentang pada sidang Parlimen Oktober depan akan turut dibincang.

“Ada hukuman kalau Ahli Parlimen kena denda banyak itu, dia boleh hilang kelayakan, kalau hilang kelayakan di bawah Perlembagaan, dia kena hilang kerusi, kena ada pilihan raya, jadi semua benda ini kita kena ambil kira.

“Siapa yang kena hukum masih dibincang, adakah kita nak hukum penerima sahaja atau penyumbang juga,” katanya.

Pada 19 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rang undang-undang itu secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan dan skopnya akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau berkata rang undang-undang itu penting kerana sehingga kini, masih tiada undang-undang atau peraturan dalam negara yang mengawal selia pembiayaan politik.

Pembiayaan politik merujuk cara parti politik dan ahli politik mengumpul wang untuk kempen pilihan raya, operasi harian serta aktiviti lain.

Berita berkaitan
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
June 2, 2023· Politik
“Untold Story jadi Unsold Story”, kata Takiyuddin
May 25, 2023· Isu semasa
RUU Insolvensi: Muhyiddin gesa kaedah pelepasan bersyarat yang lebih fleksibel
May 24, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
22 minit lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
3 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
4 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
4 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok