RUU larang MP bertukar parti demi kestabilan politik, kata Wan Junaidi

July 23, 2022 · Politik

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu ini adalah demi kestabilan politik negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan undang-undang itu adalah langkah terbaik oleh kerajaan dalam mengelakkan negara berdepan krisis politik, lapor Bernama.

“Tidak sekali-kali (rang undang-undang ini dibuat) untuk menghalang orang mengamalkan demokrasi dalam Parlimen itu sendiri, (antara) tujuannya adalah mencerminkan kepada rakyat Ahli-Ahli Parlimen itu tidak berbuat sesuka hati sahaja dan (mereka) mesti ada prinsip.

“(Selain itu) yang penting sekali adalah hasrat rakyat untuk melantik seseorang itu untuk kekal mewakili kepentingan rakyat dan negara, itu sahaja dan dengan adanya undang-undang ini, kita berharap perkara itu (ketidakstabilan politik) tidak berlaku,” katanya.

Beliau turut merujuk beberapa negara yang mempunyai peruntukan undang-undang dalam menangani isu lompat parti termasuk United Kingdom, India, Singapura dan New Zealand.

Wan Junaidi berkata tujuan kerajaan mengadakan rang undang-undang itu juga adalah bagi menangani kemelut pertukaran kerajaan akibat wakil rakyat yang bertukar parti atas tujuan politik dan peribadi.

“Tujuan kita supaya mengelakkan jangan berlaku (lagi) kerajaan (persekutuan) bertukar sampai tiga kali (dalam) satu penggal.

“Ini menjejaskan kestabilan dan dalam masa yang sama, kerajaan berdepan masalah ekonomi, penyakit (COVID-19) dan pelbagai lagi serta masalah orang ramai kesan (pasca) Covid-19 tetapi masa itu juga, (ada sesetengah) pihak gila berpolitik,” katanya sambil menambah menjelang pembentangan rang undang-undang itu, beliau akan mengadakan sesi libat urus pada 25 Julai membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan 26 Julai bagi Ahli Parlimen pembangkang.

“Saya sudah cuba yang terbaik, saya dah jumpa semua pemimpin, saya dah hantar surat kepada semua Ahli Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri… (saya sebagai) Menteri di Jabatan Perdana Menteri memohon semua untuk hadir bagi pembentangan rang undang-undang ini,” katanya ketika ditanya mengenai jangkaan sokongan Ahli Parlimen terhadap rang undang-undang itu.

Beliau berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Pada 14 Julai lepas, Wan Junaidi memaklumkan Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Beliau berkata pembentangan dan perbahasan rang undang-undang itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok