RUU Antilompat belum lulus, Zuraida bebas lompat parti: Hadi

May 28, 2022 · Politik

Tidak menjadi kesalahan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk keluar dan lompat parti ketika ini, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata memandangkan Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti belum diluluskan di Dewan Rakyat, tindakan Zuraida itu tidak melanggar peraturan dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan.

“Terpulang kepada dia kerana Malaysia ini negara demokrasi yang secara prinsipnya seseorang itu boleh nak pergi mana-mana parti atau kalau nak tubuh parti baharu pun dibolehkan.

“Ini soal kebebasan, lagipun undang-undang lompat parti belum diluluskan,” katanya hari ini.

Hadi terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Beliau mengulas tindakan Zuraida yang mengumumkan keluar daripada Parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia turut menjelaskan akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai kedudukannya sebagai menteri.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, sama ada kedudukan Zuraida dalam kabinet perlu dikekalkan atau diganti adalah bergantung kepada perbincangan antara parti dalam kerajaan.

Katanya, perkara itu kerana secara dasarnya, lantikan sebagai anggota kabinet adalah lebih kepada mewakili sesuatu parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

“Jadi kita tunggu nanti kerana saya percaya, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum lagi tentu adakah dia mahu masuk parti yang bergabung atau tidak,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
UMNO tetap kena terima ‘Jeneral Anwar’
June 10, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok