Rundingan tak rasmi PAS-UMNO tidak capai kemajuan, PN fokus tangani inflasi

September 8, 2022 · Politik

Tiada kemajuan dicapai dalam rundingan tidak rasmi antara PAS dengan UMNO, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung spekulasi wujud rundingan di belakang tabir antara kedua-dua parti tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memberitahu mesyuarat semalam membincangkan berhubung rundingan tidak rasmi antara PAS dengan UMNO tersebut, bagaimanapun ia gagal mencapai titik pertemuan selepas UMNO bertegas dengan pendirian untuk tidak bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Majlis Tertinggi Perikatan Nasional juga mengambil maklum penjelasan PAS bahawa tiada rundingan rasmi dibuat antara PAS dan UMNO bagi menghadapi PRU-15.

“Perbincangan adalah secara tidak rasmi dan tidak melibatkan pucuk pimpinan parti.

“Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan ini setelah UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam PRU-15. PAS juga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti anggota dalam Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan wujud rundingan antara pemimpin PAS dengan UMNO bagi menghadapi PRU-15 tetapi ia tidak melibatkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid juga sebelum ini berkata tiada rundingan yang dijalankan antara UMNO dengan PAS.

Dalam mesyuarat semalam, PN juga membuat ketetapan untuk menumpukan kepada langkah-langkah untuk membantu nasib rakyat yang terkesan ekoran inflasi dihadapi negara.

“Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah membuat ketetapan untuk memberi tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam menghadapi kesan inflasi dan keadaan ekonomi yang diunjur tidak bertambah baik.

“Mesyuarat mengambil maklum bahawa kumpulan B40 telah meningkat menjadi kumpulan B60 dan penyediaan bantuan bagi kumpulan pendapatan terkebawah ini mesti diberikan tumpuan oleh Kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata PN akan mengadakan program Prihatin Rakyat seluruh negara bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang bergelut dengan kesusahan hidup.

“Bagi membantu meringankan beban kumpulan ini, Perikatan Nasional mengarahkan seluruh jentera parti di semua peringkat agar melaksanakan program Prihatin Rakyat di seluruh negara bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya lagi.

Selain itu, Muhyiddin juga mengumumkan mesyuarat malam tadi juga telah meluluskan pelantikan Ketua-Ketua Kawasan bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok