Runding kerusi dengan PN dahulu, calon PM kemudiaan: MP PKR

May 27, 2022 · Politik

Isu siapa yang akan jadi Perdana Menteri (PM) bukan keutamaan, kata Ahli Parlimen (MP) PKR, Hassan Abdul Karim.

MP Pasir Gudang itu berkata perkara yang lebih penting adalah memastikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dapat mencapai persefahaman berhubung isu pembahagian kerusi yang bakal ditandingi semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Siapakah calon Perdana Menteri daripada PH dan PN boleh ditentukan selepas menang serta berjaya bentuk kerajaan campuran. Calon Perdana Menteri itu nanti biar Yang Dipertuan Agong tentukan, kita boleh tengok siapa yang layak dan parti yang mempunyai kerusi lebih banyak.

“Kalau PH sudah tentulah kita menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kita. Apa paling penting ketika ini adalah persetujuan untuk agihan kerusi antara PH dan PN,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya, selepas isu pembahagian kerusi dapat mencapai kesepakatan, soal calon PM tidak dibangkitkan sehingga menang PRU-15 dan PH atau PN masing-masing boleh merangka dasar termasuk manifesto pilihan raya berkenaan.

“Manifesto perlu realistik dan dapat menyelesaikan masalah rakyat ketika ini antaranya membabitkan isu ekonomi, menangani hutang negara, inflasi, kenaikan harga barang dan masalah ketiadaan pekerjaan.

“Manifesto ini mestilah ringkas dan mampu dilaksanakan, bukan retorik semata-mata. Ia dibantu golongan teknokrat, ahli ekonomi, pakar dan golongan profesional sebagai tawaran untuk jangka masa pendek yang boleh menampakkan hasilnya dalam tempoh lima tahun,” katanya lagi.

Terdahulu, Hassan juga mencadangkan agar PH dan PH memulakan rundingan kerusi sebagai langkah persediaan awal menghadapi PRU-15.

Hassan mahu kedua-dua blok berbincang secara baik bagi mencapai titik pertemuan untuk mengelak pertembungan sesama sendiri yang hanya akan merugikan mereka dan mengakibatkan UMNO yang dipenuhi pemimpin kluster mahkamah kembali berkuasa.

Hassan berkata pendekatan mudah boleh digunakan dalam rundingan kerusi antara kedua-dua blok iaitu dengan menghormati kerusi masing-masing yang dimenangi sebelum ini.

“Peraturan mudah boleh diguna pakai untuk berunding mengatur kerusi antara PH dan PN. Kawasan yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang dan bertanding dulu, PH hormati.

“Begitu juga kawasan yang PH menang dan bertanding dulu maka Bersatu dan PN perlu hormati. Mungkin 50 peratus pengagihan kerusi dapat diselesaikan, kemudian yang bermasalah 50 peratus lagi boleh bincang baik-baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok