Rumusan PAU : Zahid calon PM, tiada peletakan jawatan Kluster Menteri

March 28, 2021 · Politik

Ramalan kononnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) akan panas meleset sama sekali, persidangan kali ini hanya mengesahkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri dan gesaan peletakan jawatan tidak disambut Kluster Menteri.

Wakil pembahas yang dipilih oleh Presiden UMNO seperti diramal akan menyokong ucapan dasar dan menjadi pak turut yang hanya akan mengampu setiap kata-kata Zahid, jika kritik mereka akan menerima balasan dilabel sebagai ‘pengkhianat’.

Gesaan Zahid yang mahu hubungan kerjasama dengan Bersatu diputuskan mendapat sokongan padu daripada pembahas, mereka menyokong membuta-tuli tanpa berfikir panjang akan implikasi yang bakal dihadapi pada pilihan raya umum nanti.

Zahid dalam ucapan dasarnya menekankan UMNO perlu menjadi ketua dalam kerajaan dan bukan dipimpin, ia secara tidak langsung beliau cuba menonjolkan dirinya adalah calon paling layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

“UMNO harus kembali kepada fitrah asalnya. UMNO memimpin bukan untuk dipimpin. UMNO memerintah bukan untuk diperintah. UMNO harus berdiri megah memperkasakan Barisan Nasional,” kata beliau dalam ucapan dasar pagi tadi.

Zahid yang didakwa cuba menjalinkan kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP sebelum ini juga membuat pusingan U apabila dalam ucapannya menegaskan mereka menolak Anwar sekaligus mengesahkan lagi UMNO akan meletak Zahid sebagai calon Perdana Menteri.

Sokongan perwakilan semasa perbahasan juga cenderung memihak kepada Zahid, mereka juga sebulat suara memberikan kuasa kepadanya untuk menentukan masa yang sesuai untuk memaksa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan daripada Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid juga memberi kata dua kepada PAS untuk kembali bersama UMNO, isyarat jelas untuk memaksa PAS supaya menerima beliau sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum kelak.

Bagaimananapun, ucapan dasar Zahid yang seakan memberi arahan supaya Menteri dan Timbalan untuk berundur daripada Kabinet juga tidak dilayan oleh kumpulan yang diberi gelaran “Kluster Menteri”.

Zahid berkata UMNO tidak mendukung gabungan politik Perikatan Nasional (PN) walhal hampir 14 pemimpin UMNO dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Muhyiddin.

“UMNO tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional.

“Ketetapan ini bukan hanya dari Majlis Kerja Tertinggi tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik PPBM. Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO,” katanya.

Malangnya, kata-kata Zahid itu seakan tidak dilayan oleh kumpulan “Kluster Menteri” ini sehingga terpaksa memberikan tempoh sehingga Ogos untuk mereka meletak jawatan daripada jawatan Kabinet.

Semakin jelas Zahid sebenarnya tidak mendapat sokongan yang padu walaupun tepukan dan teriakan dalam dewan di PWTC seakan beliau adalah wira kepada UMNO.

Berita berkaitan
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
21 jam lalu· Politik
UMNO semakin hilang sokongan, ahli baharu kurang dan yang ada pula keluar: Ismail Sabri
21 jam lalu· Politik
Parti dalam PH jangan terima pemimpin UMNO dipecat dan digantung: Mat Maslan
February 4, 2023· Politik
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
February 3, 2023· Politik
Popular
PDRM bukan ‘polis moral’, kata MP DAP isu wanita pakai seluar pendek
February 5, 2023
‘Kami tak simpan duit parti, jam mewah di rumah, semua di bank’
February 5, 2023
Madani luar tabii kerajaan PH-BN
February 5, 2023
DAP desak UMNO, BN bertindak ke atas MP sokong Muhyiddin jadi PM
February 5, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO bakal kalah PRN kerana berkawan dengan DAP, kata Noh
February 6, 2023 · Politik
‘Kami tak simpan duit parti, jam mewah di rumah, semua di bank’
11 jam lalu · Politik
Jika SPRM adil, siasat juga akaun parti lain, kata Mursyidul Am PAS
12 jam lalu · Politik
Madani luar tabii kerajaan PH-BN
13 jam lalu · Politik
DAP desak UMNO, BN bertindak ke atas MP sokong Muhyiddin jadi PM
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok