Rozman didakwa sebab Warisan tak nak tanda tangan MOU, kata Shafie

October 14, 2021 · Politik

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu, dakwaan rasuah yang dikaitkan Ahli Parlimen (MP) Labuan Datuk Rozman Isli berlaku kerana parti itu tidak mahu menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti yang dilakukan Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau turut mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan pendakwaan terhadap Rozman.

“Pasal apa kes tu berlaku? Pasal kita tak sign MOU, jikalau kita sign memorandum, kemungkinan perkara tu tidak akan berlaku.

“Apa sebab berlaku perkara ni, seakan-akan ini saya katakan is no longer instrument, kita harapkan badan untuk mencegah, untuk mendidik, untuk letak negara kita ke tahap yang dihormati, disegani.

“Pada saat ini, ia kelihatan bukan lagi satu badan (seperti yang) kita nakkan,”katanya dalam laporan Malaysiakini.

Sementara itu, Free Malaysia Today turut memetik pandangan Rozman yang senada dengan Mohd Shafie.

Rozman berkata, dia didakwa selepas kerajaan gagal memujuknya untuk meninggalkan Warisan dan menyertai parti lain.

“Ini bukan perkara baru. Mereka mencubanya sejak 2020 tetapi saya tidak bimbang.

“Lagipun saya mahu memerangi kes salah guna kuasa dan rasuah. Jadi ini akan menjadi seperti ‘pengalaman langsung’ buat saya.

“Objektif pertama (mereka) ialah untuk membuatkan saya menyertai mereka. Disebabkan itu gagal, cubaan kedua adalah untuk merosakkan reputasi saya sebelum pilihan raya umum akan datang,” kata Rozman.

Rozman didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pagi ini kerana dituduh menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Rozman merupakan MP Labuan selama dua penggal di bawah kerusi UMNO pada 2013 dan 2018.

Bagaimanapun, dia menyertai Warisan pada 2018 apabila PH menjadi kerajaan dan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum berkenaan.

Berita berkaitan
Keputusan permohonan MP Labuan batal pertuduhan kes rasuah 11 Ogos
August 4, 2022· Isu semasa
KSN jumpa Cuepacs bincang desakan naik gaji penjawat awam
July 30, 2022· Isu semasa
MoU 2.0: PH capai kata sepakat dengan PM, bakal sambung lagi
July 26, 2022· Politik
UMNO Johor yakin Ismail Sabri patuh keputusan parti tak sambung MoU
July 24, 2022· Politik
Popular
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
5 jam lalu · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
15 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok