Rozali Ismail mahu ceburi politik, tubuh parti untuk warga Felda

June 15, 2022 · Politik

Tokoh korporat Tan Sri Rozali Ismail bercadang menubuh sebuah parti politik baharu susulan mesyuarat agung tahunan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) semalam.

Susulan itu juga beliau menyuaratkan hasrat untuk menyertai bidang politik mewakili generasi peneroka, terutama warga Felda, katanya menurut laporan Bernama.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd itu berkata mesyuarat GWGF semalam, mengusulkan untuk persatuan itu mengkaji bagi menubuhkan parti Keluarga Felda SeMalaysia yang akan menjadi suara dan naungan kepada masyarakat peneroka.

“Usul ini akan dibawa ke majlis tertinggi pengurusan GWGF minggu hadapan kerana kita mempunyai 17 persatuan di bawah GWGF bagi membincangkan dengan teliti sama ada usul ini dapat dilaksana bagi kebaikan masyarakat Felda dan golongan buruh di Malaysia,” katanya kepada media.

Beliau berkata parti yang dicadangkan itu lebih kepada berdasarkan parti buruh disebabkan majoriti penduduk Felda adalah golongan buruh dan penubuhannya bermatlamat untuk membela generasi buruh yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana.

“Saya rasa masalah yang dihadapi generasi Felda hari ini adalah disebabkan banyak program-program yang dilaksanakan untuk masyarakat Felda tidak menepati sasaran, seperti penyenaraian Felda yang gagal, cadangan penubuhan Felda sebagai Bank Makanan pun tidak terlaksana, malah pelaburan beratus juta ringgit di luar negara juga gagal,” katanya.

Selain itu katanya terma dan syarat-syarat perjanjian tanam semula yang berat sebelah serta masalah buruh yang membebani masyarakat Felda gagal ditangani dengan baik menjadi titik tolak GWGF menubuhkan parti baharu bagi mewakili suara masyarakat peneroka.

“Sebanyak 54 kawasan Parlimen merupakan kawasan-kawasan yang majoriti pengundi-pengundi adalah masyarakat Felda sendiri.

“…dan saya sebagai Presiden GWGF telah diminta untuk bertanding terutamanya di kawasan yang saya telah bangunkan iaitu Felda Bukit Cerakah di Kuala Selangor yang kini dikenali sebagai Bandar Baru Puncak Alam,” kata Rozali yang dibesarkan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Berita berkaitan
Din Ketapi umum keluar parti lagi, tapi masih mesra kerajaan
June 28, 2022· Politik
Anwar arah audit forensik pemilihan PKR dipercepat
June 16, 2022· Politik
Bekas KSN beri penjelasan dakwaan 1MDB dijadikan dana politik BN
June 8, 2022· Isu semasa
Hina Nabi Muhammad, Indonesia kecam dua ahli politik India
June 7, 2022· Dunia
Popular
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
July 2, 2022
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Lagi Politik terkini
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
4 jam lalu · Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
9 jam lalu · Politik
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
10 jam lalu · Politik
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
11 jam lalu · Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok