Ronald Kiandee tetap pertahan Beluran atas tiket PN

November 5, 2022 · Politik

Penyandang Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee membuat kejutan apabila muncul di pusat penamaan calon untuk mendaftarkan diri sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertindak meletak calon BN di kerusi itu.

GRS memilih bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Benedict Asmat sebagai calon Parlimen Beluran hasil rundigan akhir bersama parti komponennya, lewat malam tadi.

Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu merupakan penyandang Parlimen itu sejak 1999 selama lima penggal.

Ronald berkata Bersatu masih parti komponen GRS di Sabah namun di peringkat nasional, Bersatu dan dua parti komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) serta Parti Progresif Sabah (SAPP) adalah komponen PN.

“Saya bertanding atas tiket PN, parti (gabungan) dianggotai beberapa buah parti peringkat nasional juga negeri dan platform (PN) ini merupakan platform terbaik bagi mengangkat aspirasi Beluran di peringkat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon PRU15 Parlimen Beluran di Dewan Serbaguna Beluran di Beluran hari ini, lapor Bernama.

Calon bagi kerusi Parlimen Beluran tidak diumumkan pada Majlis Pengumuman calon GRS-BN sebelum ini berikutan rundingan belum selesai sama ada mengekalkan kerusi itu untuk RonaldĀ  atas tiket GRS atau diserahkan kepada BN.

GRS yang dianggotai Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR, SAPP dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menjalin kerjasama dengan BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi membentuk kerajaan Sabah.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dan tiga calon lain ialah Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan.

Pada PRU14, Ronald menang dengan majoriti 7,115 undi atas tiket BN namun beliau bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu pada 2019.

Berita berkaitan
MP Beluran gesa jangan kecualikan menteri dalam senarai ponteng Dewan Rakyat
November 6, 2023· Politik
Dedahkan dokumen perjanjian maritim dengan Indonesia, kata PN Sabah
August 20, 2023· Isu semasa
Bersatu serah mahkamah keabsahan empat MP Sabah
February 10, 2023· Politik
Gagasan Rakyat Sabah bukan ancaman kepada Bersatu
February 1, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok