
Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng diperintah membayar ganti rugi RM2 juta setelah didapati bersalah kerana memfitnah sebuah firma e-dagang. - Gambar FB
Sebanyak RM2.25 juta dapat dikumpulkan untuk membayar ganti rugi yang perlu dibayar Ahli Parlimen (MP) DAP, Lim Lip Eng kepada a firma e-dagang Monspace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Jessy Lai.
MP Kepong dari parti DAP itu kalah kes saman sebelum ini dan diperintah membayar sebanyak RM2.25 juta kepada pihak yang menyamannya.
Sehubungan itu, Lim menyeru penyokongnya untuk tidak lagi menderma, dan memberi jaminan bahawa akan ada akauntabiliti.
“Saya tidak dapat berterima kasih kepada semua orang untuk kebaikan dan bantuan yang dihulurkan pada waktu yang sukar ini. Saya terharu dengan kemurahan hati kamu.
“Seorang juruaudit bertauliah akan dilantik bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti terhadap derma yang dikutip,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Lim membayar RM2.25 juta sebagai ganti rugi dan kos kepada firma e-dagang Monspace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Jessy Lai.
Syarikat itu dan pengasasnya telah memfailkan tindakan sivil terhadap Lim pada 2019 atas dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dalam skim pelaburan yang gagal membayar pulangan seperti yang dijanjikan kepada pelabur.
Lim terpaksa membayar ganti rugi dalam tempoh tujuh hari kerana tiada penangguhan diberikan sementara menunggu rayuan.
Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan dirinya diisytharkan muflis, dan veteran DAP itu akan kehilangan kerusi Parlimennya.
Dalam pada itu, Lim juga berjanji jika berjaya dalam rayuan masa depannya dan boleh menuntut semula ganti rugi berkenaan, beliau akan menderma kesemuanya kepada pertubuhan kebajikan dan pendidikan.