Risalah palsu mula beredar setelah sokongan kepada PN memuncak

November 18, 2022 · Politik

Menjelang jam-jam terakhir sebelum lebih 21.1 juta pemilih berdaftar keluar mengundi bermula jam 8 pagi esok (Sabtu, 19 November 2022), semakin banyak pula risalah palsu yang beredar di dunia maya.

Risalah-risalah palsu ini dipercayai dibuat pihak lawan yang semakin terdesak susulan gelombang sokongan kepada Perikatan Nasional kini sudah memuncak, sehingga banyak ramalan dibuat bahawa parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang mutlak.

Terbaharu, muncul risalah mendakwa ‘Perjanjian Perikatan Harapan’ (gabungan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan) yang beredar dalam media sosial sejak semalam, bertujuan mengelirukan pengundi, terutama penyokong Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional malam ini, menafikan bahawa Perikatan Nasional membuat perjanjian dengan PH untuk bekerjasama menubuhkan kerajaan.

Sebelum ini pun, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan bahawa gabungan diketuainya akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
21 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
53 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok