Rina bantah PRU-15 musim hujan, banjir dalam mesyuarat Kabinet

October 5, 2022 · Politik

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun memaklumkan beliau telah menyuarakan pendirian dalam mesyuarat Jemaah Menteri bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh dan banjir.

Menurutnya beliau menyuarakan pendirian tersebut ketika mesyuarat jemaah menteri yang membincangkan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

“Bukan kita nak menidakkan demokrasi, tapi ikut ramalan cuaca (Jabatan Meteorologi Malaysia) ada kemungkinan banjir, jadi kebajikan rakyat dan mangsa menjadi keutamaan kita.

“Ada di antara PPS juga digunakan tempat mengundi, jika berlaku banjir (ketika PRU15), mana lebih utama jadi PPS atau pusat mengundi?

“Biasanya kalau banjir, mangsa tak sempat selamatkan barang penting termasuk IC (kad pengenalan), IC pun tiada, macam mana nak undi?” katanya pada sidang media selepas Forum Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Memacu Realiti Peningkatan Perwakikan Wanita Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Badan Legislatif.

Hadir sama Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai hasrat UMNO yang mahu PRU-15 diadakan tahun ini juga meskipun peralihan Monsun Timur Laut diramal melanda bermula awal bulan ini hingga bulan depan.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Sementara itu, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata kebajikan rakyat menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam mendepani kemungkinan berlaku banjir berikutan peralihan Monsun Timur Laut di negara ini.

Beliau berkata kesiapsiagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini pada tahap 95 peratus termasuk persediaan pusat pemindahan sementara (PPS) dan barangan keperluan termasuk makanan.

Setakat ini, katanya 6,010 PPS telah dikenal pasti dan jumlahnya mungkin mencecah 10,000 tempat di seluruh negara bagi memastikan keselesaan mangsa banjir.

Selain itu, Rina berkata, kementerian menyokong satu Jawatankuasa Pemantauan Masyarakat Sivil PRU15 diwujudkan di bawah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi memastikan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon PRU dan legislatif tercapai.

“Kita tidak mahu lagi ia sekadar retorik semata-mata kerana setakat ini penyertaan wanita sebagai pembuat dasar di negara ini hanya 14 peratus jauh daripada sasaran kita sejak 2004,” katanya.

Katanya Forum Ekonomi Sedunia (WEF) menyatakan Malaysia menduduki tangga ke-103 daripada 146 negara dalam Indeks Jurang Gender Global 2022 dengan skor 0.681 dan berada di tangga kelapan daripada 10 negara ASEAN,” katanya.

Beliau berharap pilihan raya akan datang boleh menjadi medan untuk meletakkan lebih ramai wanita sebagai calon.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok