‘Ribut tengah kuat, ikat tali keledar’: Nasihat Tuan Ibrahim

November 2, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli parti gabungan Perikatan Nasional (PN) supaya mengikut arahan menjelang PilihanRaya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, kerana perjuangan yang besar sentiasa akan diuji.

Menggunakan bahasa kiasan bagi menunjukkan keadaan ujian yang sedang dihadapi itu, beliau menasihatkan ketika “waktu ribut tengah kuat, ikat tali keledar, duduk di tempat masing-masing, dengar dan ikut arahan.”

“Jangan ada yang buka tali keledar kerana merasa selamat dan kuat. Jangan ada yang cuba membantah arahan dan merasa lebih tahu.

“Jangan tinggal tempat duduk masing-masing kerana merasa kuat untuk melawan gelombang ribut ini,” katanya dalam kenyataan hari ini merujuk kepada PRU-15.

Tuan Ibrahim yang diumumkan sebagai calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) 04 Cheka di Pahang bagi PRU-15 ini juga menitipkan nasihat.

Telah banyak kapal yang karam,
telah ramai yang terhumban,
telah ramai yang menderita penyesalan,
telah ramai yang dilaknat Tuhan.

Tuan Ibrahim berkata kesabaran yang tinggi dituntut apabila bahtera besar perjuangan sering diuji, sekali gus memerlukan kekuatan bukan sahaja jasmani, malah rohani dan aqli.

“Ia termasuk memerlukan seseorang itu rasional dalam tindakan, berjiwa besar sebagai anggota haraki yang merujuk kepada memperjuangkan Islam yang syumul.

“Tiada kebahagiaan selain berasa aman dan tenteram bila mana ribut berlalu, badai menghilang sedang kita terus berada dalam medan perjuangan untuk bertemu Tuhan sekalian alam,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok