Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja

January 26, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihati supaya merehatkan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya Zahid dapat menumpukan kepada perbicaraan kes mahkamah dihadapinya dan tidak melambatkan proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa direhatkan dari tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ia berikutan permohonan yang difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid kepada pihak mahkamah untuk pasport beliau dikembalikan secara kekal, walaupun dokumen itu sebelum ini telah diserahkan bagi mematuhi syarat ikat jamin perbicaraan yang masih berlangsung, berkaitan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Zahid memohon untuk mendapatkan pasportnya atas alasan Anwar memberinya mandat untuk menguruskan pentadbiran kerajaan.

“Pemulangan pasport berkenaan pastinya akan menyebabkan lebih banyak kelewatan dalam proses perbicaraan, dengan pelbagai alasan urusan tugas, seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan sekarang dilihat rosak kerana seorang yang berdepan puluhan kes mahkamah dilantik berada dalam Kabinet dan ia memalukan negara juga yang dilihat tidak serius dalam menangani isu salahguna kuasa dan rasuah.

“Hakikatnya, pentadbiran negara mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang masih berdepan perbicaraan 47 pertuduhan di mahkamah ketika ini juga perlu dilihat sebagai perosak kepada komposisi Jemaah Menteri serta kerajaan secara keseluruhan.

“Ia adalah satu penghinaan kepada majoriti pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang mengharapkan sebuah kerajaan bersih, telus dan berintegriti,” katanya lagi.

Selain itu, langkah merehatkan Zahid juga akan memberi badan kehakiman untuk bertindak secara adil tanpa dilihat wujud campur tangan.

“Tindakan itu bagi menjamin sistem kehakiman negara yang bebas dan adil, selain menjamin perbicaraan yang telus tanpa sebarang campur tangan dan penangguhan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu· Isu semasa
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok