Redah hujan lebat demi selamatkan rakyat daripada perasuah, penipu

November 8, 2022 · Politik

Untung tidak banjir jika tidak seperti kata UMNO mereka sanggup redah, mungkin juga berenang.

Sebaliknya apa dialami Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi boleh berulang setelah negara mula memasuki musim tengkujuh sebagaimana dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Namun, demi rakyat Malaysia Muhyiddin sanggup turun padang meredah hujan lebat. Keadaan ini berlaku tatkala beliau hadir pada perhimpunan umum Perikatan Nasional bagi menerangkan pelbagai tawaran dalam manifesto PN BEST di Pendang, Kedah, malam tadi (7 November).

Dalam ucapannya yang dihadiri ribuan penduduk Pendang, bekas Perdana Menteri itu menyeru ahli UMNO supaya turut mengundi Perikatan Nasional demi kebaikan masa depan negara.

“Jika tidak mahu keluar UMNO tak apa. Tapi undi Perikatan Nasional, demi kebaikan masa depan anak cucu kita.

“Amat penting untuk mereka (ahli UMNO) menyelamatkan negara dengan mengundi Perikatan Nasional walaupun mereka mungkin masih berat hendak meninggalkan UMNO,” kata Muhyiddin dalam ucapan beliau.

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelesaikan krisis pandemik Covid-19 negara, sekali lagi menyeru pengundi supaya beramai-ramai keluar memilih Perikatan Nasional supaya sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil, dapat ditubuhkan selepas 19 November ini.

“Usaha untuk memulihkan negara masih belum tercapai sepenuhnya. Kita tidak boleh membenarkan walau seinci pun daripada negara ini diperintah semula oleh mereka yang tidak amanah dan mengamalkan rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata adalah menjadi tanggungjawab pemilih untuk keluar mengundi pada 19 November ini walaupun apa jua situasi pada hari itu kerana negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang kuat yang dapat membela nasib rakyat.

Menurutnya, Perikatan Nasional ada kemampuan untuk menguruskan negara dan telah berikrar untuk membentuk kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil (#PNBEST) seperti mana terkandung dalam Tawaran Perikatan Nasional PRU-15.

Antara tawaran utama Perikatan Nasional adalah memperkasa Felda dan membantu golongan miskin termasuk penoreh getah dengan menetapkan harga lantai getah yang munasabah dan berpatutan.

Terdapat 234 tawaran dalam Tawaran Perikatan Nasional dan saya memberi jaminan bahawa kita akan melaksanakannya dalam tempoh lima tahun jika diberi mandat untuk membentuk kerajaan.

“Jaminan kita seperti terkandung dalam Tawaran Perikatan Nasional adalah menolak rasuah dalam pentadbiran selaras janji PN dalam salah satu tunjang tawaran kita iaitu memastikan tadbir urus yang baik.

“Jika Perikatan Nasional menang, kita akan membentuk satu jawatankuasa khas dan bebas untuk memastikan semua yang kita janjikan ditunaikan.

“Sama-samalah kita berdoa agar dalam masa dua minggu ini akan ada gelombang kebangkitan untuk membersihkan negara ini daripada segala kekotoran dan kebobrokan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
16 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
52 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok