Rayuan kes SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib minta tangguh

April 5, 2021 · Politik

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pendengarannya berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Permohonan tersebut ditolak panel tiga hakim selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti tambahan untuk dimasukkan dalam rayuan mereka termasuk keterangan berkaitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Kami sebulat suara dalam hal ini. Tiada alasan yang munasabah untuk menangguhkan pendengaran. Kami tidak membenarkan permohonan untuk penangguhan,” kata Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai pendengaran rayuan dipetik Bernama.

Dua panel lagi bersama adalah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Terdahulu, Muhammad Shafee berkata mereka memerlukan sekurang-kurangnya penangguhan selama sebulan untuk mendapatkan dokumen berkaitan dari New York dan Singapura.

“Dokumen itu dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan turut melibatkan dakwaan terhadap keluarga Zeti. Kami perlukan sekurang-kurangnya satu bulan untuk memasukkan bukti tambahan dalam penghujahan. Kami memohon untuk penangguhan pendengaran ini,” kata Muhammad Shafee.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram membantah permohonan itu dengan berkata mereka (pemohon) seharusnya mengemukakan permohonan lebih awal sebelum pendengaran rayuan itu bermula.

“Tiada alasan yang sah untuk mereka meminta penangguhan. Kami berharap tiada lagi penangguhan dan memohon mahkamah untuk meneruskan kes,” katanya.

Najib telah mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya tentang mengapa beliau harus dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berikutan hakim memerintahkan kesemua hukuman tersebut berjalan serentak.

Najib, 67, pada masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan ini selesai.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
3 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok