Rauf antara ‘tiga singa atas gunung’ punca krisis pentadbiran Melaka

October 6, 2021 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan memohon maaf kepada rakyat Melaka kerana menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sambil menyusun sepuluh jadi dan menitiskan air mata, beliau berkata tindakannya bersama tiga lagi ADUN di negeri itu dilakukan demi kepentingan rakyat Melaka.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Melaka, saya ikhlas, bukan main-main kerana apa yang kami buat ini bukan kerana kepentingan kami.

“Jika (ADUN Sungai Udang) Idris (Datuk Seri Idris Haron) kata ada dua singa di atas gunung yang menguasai negeri Melaka, saya pula katakan sebenarnya ada tiga singa yang merosakkan negeri ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Nor Azman mendakwa, Melaka bukan dikuasai ‘dua singa di atas gunung,’ sebaliknya dikongsi tiga singa hingga merosakkan negeri itu.

Ketika ditanya media siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘singa ketiga’ itu, Nor Azman merujuknya kepada nama seorang pemimpin parti di peringkat bahagian di Melaka.

Terdahulu, Idris berkata, ada ‘dua singa di atas gunung’ yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Sulaiman menjadi kelam-kabut.

Idris mendakwa, Sulaiman tidak mampu membuat keputusan mengenai perkara penting dalam pentadbiran kerana terpaksa tunduk kepada kata putus Speaker DUN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, Nor Azman mendakwa, selama ini dalam UMNO Bahagian Tangga Batu, beliau dan Idris dinafikan kedudukan sebagai ADUN yang dipilih rakyat dan dipinggirkan daripada program parti itu seolah-olah mereka tidak wujud.

Beliau mendakwa, selain tidak dibenarkan mengadakan program membabitkan ahli UMNO bahagian, beliau dan Idris juga tidak pernah dijemput menghadiri program UMNO bahagian.

Sementara itu, Idris berkata beliau dan Nor Azman sudah 30 tahun bergiat dalam pelbagai aktiviti UMNO di Bahagian Tangga Batu, tetapi dipinggirkan oleh pihak tertentu dalam bahagian berkenaan.

“Kami sudah lama berjuang dalam UMNO, bukannya orang yang terbang dari Kuala Lumpur dengan habuan tertentu,” katanya.

Melepaskan rasa tidak puas harinya, Idris berkata tindakan Ab Rauf memegang jawatan Speaker DUN tidak sepatutnya berlaku kerana sesiapa yang mempunyai kepentingan politik tidak seharusnya mentadbir DUN.

Untuk rekod Ab Rauf adalah bekas Setiausaha Kerja UMNO Malaysia dan bukan wakil rakyat mewakili mana-mana kawasan Parlimen atau DUN di Melaka.

“Ini menyebabkan persidangan DUN Melaka tidak dapat dijalankan dengan baik kerana Speaker tidak dapat mentadbir dengan baik,” kata Idris lagi.

Berita berkaitan
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
17 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
18 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
22 jam lalu· Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
22 jam lalu· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
11 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
19 jam lalu · Politik
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022 · Politik
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok