RASMI: PN, PAS sapu bersih kerusi Parlimen Terengganu, Kelantan

November 20, 2022 · Politik

Semua calon Perikatan Nasional yang menggunakan lambang PAS, mencipta rekod apabila memenangi lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kemenangan itu termasuk di kerusi Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang apabila memperoleh 73,115 undi dengan majoriti 41,729 undi.

Keputusan juga amat mengejutkan apabila calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memegang Parlimen berkenaan selama 11 penggal akhirnya tewas dengan calon PAS, Mohd. Azizi Abu Naim.

Selain Gua Musang, PAS turut merampas dua kerusi milik BN di Ketereh dan Machang di Kelantan, manakala Parlimen Besut dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menewaskan tiga pencabar daripada BN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan, enam Parlimen sudah selesai proses pengiraan yang kesemuanya dimenangi oleh PAS.

Malah, kerusi Parlimen Machang yang disandang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga dirampas oleh calon PAS, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Di Terengganu, kemenangan juga diraih penyandang di kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid apabila memperoleh 49,601 undi dengan majoriti 22,197 undi.

Ini sekali gus menidakkan pencabarnya daripada BN yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim turut mendahului dengan majoriti 35,914 undi.

Selain itu, calon Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Alias Razak mendahului dengan majoriti 28,860 undi, meninggalkan calon BN yang juga penyandang kerusi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Mohd. Khairuddin pertama kali memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada PRU13 dengan majoriti 610 undi.

Beliau mengekalkan kerusi berkenaan pada PRU14 yang diadakan pada 2018 dengan majoriti 8,447 undi selepas menewaskan calon UMNO dan Parti Keadilah Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, Mohd. Khairuddin keluar PAS berkuat kuasa serta-merta pada Mac lalu.

Penyandang kerusi Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang memperoleh 42,841 undi menewaskan pencabarnya dalam persaingan empat penjuru dengan majoriti 15,806 undi.

Di Dungun, penyandangnya, Wan Hassan Mohd. Ramli turut mendahului apabila memperoleh 17,882 undi manakala Setiu yang diwakili, Shaharizukirnain Abdul Kadir memperoleh 26,320 undi.

Calon muka baharu bagi Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh turut mendahului dengan majoriti 17,241 undi.

Berita berkaitan
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
11 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
11 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok