Ramasamy bidas DAP kini dikuasa ‘Maharaja’, punca keluar parti

August 10, 2023 · Politik

P. Ramasamy menjelaskan tindakan keluar DAP adalah disebabkan parti tersebut sudah dikuasai ‘Maharaja’ yang disifatkannya tamak kuasa.

Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mendedahkan DAP terlalu dikuasai kumpulan ‘Maharaja’ yang menentukan calon pilihan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

“Saya jelas melihat kepimpinan parti peringkat kebangsaan bergantung sepenuhnya kepada individu yang digelar ‘Maharaja’ yang dimaksudkan dan senarai calon bertanding DUN Pulau Pinang yang dikemukakan Kon Yeow selaku Ketua Jawatankuasa Negeri dengan lima keahlian juga telah diketepikan.

“Terdapat beberapa pemimpin baik dalam DAP tetapi kemerosotan ke arah politik kurang bermutu dan sikap akur kepada kempimpinan tertinggi nampaknya tak dapat dielakkan lagi.

“Tiada hairan juga kini parti DAP disifatkan sebagai parti yang mengambil haluan seperti MCA dan MIC,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Ramasamy juga membidas tidak berprinsip kepimpinan parti yang turut mengugurkan lima lagi wakil rakyat muda bersamanya pada 18 Julai lalu juga punca beliau terpaksa meninggalkan parti selepas 18 tahun menjadi ahli.

“Saya boleh memahami mengapa pemimpin kanan digugurkan selepas keputusan dibuat pada 18 Julai lalu tetapi tiada sebab kenapa tiga calon muda iaitu Yeoh Sin Yin, Soo Lip Chee dan Satees Muniandy turut digugurkan. Ia menyebabkan saya pelik dan terkejut.

“Dua daripadanya adalah ahli Exco dan seorang lagi adalah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang berkhidmat sepenggal bersama parti dan kerajaan negeri dengan setia.

“Ini bukan peremajaan atau pemulihan parti tetapi ternyata satu tindakan penyingkiran politik untuk mengenepikan mereka yang dibayangkan sebagai penyokong kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow,” katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau menyertai parti politik lain atau tidak, Ramasamy belum lagi memikirkannya lagi.

“Saya sekarang mahu berehat dan menulis buku yang menjadi passion (minat) saya selama ini,” jelasnya lagi.

Katanya, surat perletakan segala jawatannya telah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Chow Kon Yeow pukul 8.24 dan 8.25 pagi tadi.

Beliau juga menyesal dengan cara layanan yang diterima daripada Anthony.

“Kamu tahu tak Anthony merupakan bekas murid saya di Universiti Kebangsaan Malaysia saya mendidik dia, so dia patut ada rasa hormat terhadap pengalaman politik saya.

“Kalau dia nak gugurkan saya dia boleh panggil dengan humble dan boleh menyatakan parti membuat keputusan untuk tidak mencalonkan saya kali ini. Itu baru bersopan dan boleh dihormati.

“Saya sangat sakit hati dengan layanan yang diterima daripada bekas anak didik saya dengan cara sebegini,” kesalnya.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok