Ramanan kekal lawan KJ di Sg Buloh walau pernah ada kes mahkamah

November 3, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mengekalkan keputusan meletakkan Timbalan Ketua Penerangan 1, Datuk R Ramanan, yang sebelum ini dikatakan pernah terlibat dengan kes penipuan, sebagai calonnya di kerusi Parlimen Sungai Buloh, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Keputusan mengekalkan Ramanan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun timbalannya Rafizi Ramli mahu parti mengekalkan penyandang kerusi itu R Sivarasa.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Rafizi yang juga Ketua Pengarah PRU PKR kepada media hari ini (3 November 2022), menurut Utusan.

Terdahulu, media melaporkan Rafizi akan berbincang dengan Anwar berhubung pencalonan Ramanan sebagai wakil PH di Parlimen itu.

Ia susulan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di kerusi berkenaan sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong PKR untuk mempertahankan kerusi itu daripada dirampas pihak lawan.

Rafizi sebelum ini meminta calon PH agar tidak mengambil mudah terhadap kehadiran Khairy di mana-mana kerusi ditandingi meskipun kubu kuat gabungan itu.

Bagaimanapun, semalam, Ketua PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PH tidak akan menukar calon Parlimen Sungai Buloh yang diumumkan oleh Anwar.

Pada 2018 lalu, Parlimen Sungai Buloh dimenangi Sivarasa dengan meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari PAS yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642).

Untuk rekod, pada 2014 lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramanan mengembalikan RM5.5 juta kepada pakar psikiatri Tan Sri Dr M. Mahadevan.

Ramanan didakwa memperdaya Mahadevan dengan memberitahu beliau boleh mendapatkan semula hutang RM26 juta daripada Kementerian Pertahanan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
7 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok