Ramai peserta baju hitam tunjuk simptom Covid-19, elak berhimpun bersama Anwar

August 2, 2021 · Politik

Ketiadaan peserta baju hitam di Dataran Merdeka berhimpun bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini menimbulkan tanda tanya kemungkinan ramai dikalangan mereka yang sudah menunjukkan simptom Covid-19 selepas menyertai perhimpunan haram pada Sabtu.

Menurut pakar perubatan, simptom awal Covid-19 kebiasaannya pesakit akan mengalami hilang deria rasa, sakit tekak, batuk, selsema dan demam.

Bagaimanapun, kemunculan varian baharu Delta, ia lebih merbahaya kerana tidak mempunyai sebarang simptom dan lebih licik bersembunyi dalam badan manusia sehinggalah tiba-tiba menyerang tubuh badan.

Terdapat juga laporan daripada pakar perubatan berhubung kematian mengejut apabila pesakit tidak menunjukkan gejala Covid-19 dan meninggal dunia.

Sumber memberitahu, sudah ramai peserta himpunan baju hitam yang menunjukkan gejala dan terdapat antara mereka yang menjalani ujian calitan di hospital dan klinik bagi mengenal pasti sekiranya dijangkiti virus membunuh itu.

Seorang rakan di hospital memberitahu terdapat individu berambut panjang dan berbaju hitam yang meminta untuk melakukan ujian calitan dan apabila ditanya mereka mengakui terlibat menyertai himpunan baju hitam tersebut.

“Ya, kami bertanya kepada mereka sama ada terdapat kontak rapat sebelum menjalankan ujian calitan, mereka mengakui terlibat dalam himpunan haram pada Sabtu dan bimbang sekiranya dijangkiti virus itu.

“Mereka memberitahu tiada penjarakan sosial dan bersentuhan dengan peserta baju hitam yang lain… Lebih membimbangkan mereka apabila terdapat laporan seorang individu memakai gelang pink juga turut serta dalam himpunan tersebut,” kata petugas barisan hadapan kepada Agenda Daily.

Sementara itu, sumber daripada kumpulan baju hitam mendedahkan mereka sepatutnya merancang untuk bersolidariti bersama Anwar dan pemimpin pembangkang lain, bagaimanapun hasrat mereka terpaksa dibatalkan selepas terdapat ramai rakan-rakan yang turut serta dalam himpunan baju hitam mula menunjukkan gejala.

“Rakan-rakan rapat sudah menunjukkan gejala, kami terpaksa batalkan hasrat untuk turun bersama berjuang dengan Anwar yang dianggap idola kami.

“Kami takut nanti sekiranya positif ia akan menjangkiti pemimpin kesayangan kami yang sedang berjuang untuk menjadi bakal Perdana Menteri,” kata sumber itu.

Gerombolan pemimpin pembangkang berkumpul seawal 9 pagi di Dataran Merdeka tanpa menghiraukan bahaya Covid-19 dengan tiada penjarakkan sosial dan duduk berhimpit-himpit antara satu sama lain.

Antara yang hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pengikutnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan tersebut membawa sepanduk bersama yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak berpuas hati susulan penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen.

Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan pakatan bersama Anwar tidak menghadiri himpunan pagi ini.

Sebelum ini, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan Ahli-Ahli Parlimen sidang khas yang sepatutnya bersambung esok akan ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan, selari dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan penilaian risiko Covid-19 oleh kementerian kesihatan.

Pada Khamis, Noor Hisham mengarahkan supaya bangunan Parlimen dikuarantin susulan pengesanan beberapa kes Covid-19 di lokaliti tersebut.

Langkah tersebut menimbulkan bantahan daripada MP pembangkang.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat esok dibuat atas nasihat Noor Hisham selepas penilaian risiko berikutan peningkatan kes dikesan di Parlimen sejak Isnin lalu.

“Jika di tempat lain, apabila jumlah kes positif dikesan melebihi 40, kawasan itu sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi inilah yang orang marah, seolah-olah kami ini ‘kayangan’ ada imuniti dan kekebalan.

“Sepatutnya persidangan tidak boleh dijalankan. Tetapi kebenaran khas diberikan dengan mengurangkan bilangan seramai 80 orang yang boleh berada dalam dewan serta memendekkan perbahasan bagi mengelakkan berlaku penularan,” katanya.

Untuk rekod, Kuala Lumpur dan Selangor merupakan dua negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dan kapasiti hospital di Lembah Klang juga berada pada tahap kritikal, ia memandangkan jumlah pesakit yang semakin rapat.

Petugas barisan hadapan juga sudah mengalami keletihan dan kelesuan kerana pertambahan kes yang meningkat setiap hari.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
21 jam lalu· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
15 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
15 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
24 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok