Ramai penyokong BN sudah lari: Lapor kajian firma penyelidik 02

October 31, 2022 · Politik

Firma penyelidikan O2 Research Malaysia (O2) melaporkan ramai pengundi Barisan Nasional (BN) kini sudah beralih menyokong parti lain, dengan sesetengahnya kembali menjadi ‘pengundi atas pagar’.

Kajian itu juga mendapati 43 peratus pengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan membuat pilihan calon atau parti pada saat akhir iaitu ketika hari pengundian 19 November ini.

Difahamkan, ramai pengundi BN telah beralih menyokong parti lain, terutama Perikatan Nasional (PN), khususnya setelah bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, dihantar menjalani hukuman penjara.

Selain itu, mereka juga terkesan dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, supaya membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah, iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah berhubung RM31 juta dana Yayasan Akalbudi, 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dan lapan pertuduhan rasuah atas penerimaan RM21.25 juta.

Kes-kes melibatkan pemimpin UMNO dan BN yang dituduh di mahkamah juga mempengaruhi pengundi hingga mereka hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sementara itu, Ketua Penyelidik O2, Anis Anwar Suhaimi berkata kajian pihaknya menunjukkan jumlah pengundi atas pagar kini semakin besar berbanding hanya 10 peratus pada PRU-14, susulan tindakan ramai penyokong BN beralih menyokong parti lain.

Beliau berkata, kajian O2 juga menunjukkan 28 peratus responden sudah ada kecenderungan terhadap sesebuah parti, namun mereka masih terbuka untuk menukar haluan dan mengundi parti lain.

“Sebanyak 51 peratus pengundi atas pagar berkenaan adalah daripada kelompok pengundi berusia bawah 30 tahun, majoriti mereka merupakan pengundi pertama kali pada PRU-15.

“Kebanyakan mereka dipercayai sukar memahami perkembangan politik tanah air yang semakin rumit selepas PRU14. Situasi yang kurang jelas dengan pendedahan politik yang minimum menjadikan mereka masih berkira-kira parti manakah yang terbaik sebagai pilihan untuk mentadbir Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Pengundi atas pagar yang semakin besar memperlihatkan semangat keterikatan dan kesetiaan kepada parti semakin longgar dan ini memberi cabaran kepada parti-parti untuk mengekalkan tabung undi mereka,” katanya kepada Sinar Premium.

Bagaimanapun, Anis berkata, saiz pengundi atas pagar kini berperanan besar dalam mempengaruhi peluang kemenangan sesebuah gabungan parti politik.

“Penglibatan mereka sama ada untuk turun mengundi atau sebaliknya bakal mempengaruhi peluang kemenangan sesebuah parti. Oleh sebab sikap politik yang masih sukar untuk dinilai, parti-parti yang bertanding terpaksa berusaha keras dan tidak boleh selesa dengan sokongan semasa.

“Disebabkan itu, golongan ini tanpa sedar atau tidak sebenarnya memiliki suara tuntutan signifikan untuk didengari dan wajar dirunding oleh parti-parti politik,” katanya.

Menurut Anis, antara isu yang mempengaruhi golongan pengundi atas pagar termasuklah soal kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

“Dalam mempertimbangkan parti yang boleh membuat tawaran lebih baik kepada mereka, isu-isu awam berpotensi menjadi faktor utama.

“Antaranya isu sosial yang melibatkan gejala sosial dan penderaan domestik, isu alam sekitar dan juga peluang pekerjaan bagi orang muda,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok