Ramai pemimpin PH tak beriman, tidak berakhlak, kata Hadi Awang

September 15, 2022 · Politik

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara terbuka berkata ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) “tidak beriman” dan “tidak bermoral” kerana pergaulan mereka dengan individu yang korup.

Abdul Hadi membuat komen itu untuk mewajarkan mengapa parti Islamnya menolak sebarang bentuk perkongsian dan kerjasama dengan gabungan yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya penolakan untuk bersama PH setelah dijemput menyertainya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu disebabkan parti itu mempunyai pengalaman yang paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti komponen PH.

“Secara tegasnya, PAS menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH dan lebih parah akibatnya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan ia boleh mematahkan cabang-cabangnya yang penting.

“Khususnya, hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh, dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara yang lebih banyak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

“Keadaan sedemikian dapat dirasakan dalam tempoh PH memegang Kerajaan Pusat, walaupun terlalu singkat masanya jika dibandingkan dengan BN yang paling lama dan panjang masanya memegang Kerajaan Pusat sejak merdeka sehingga ditolak oleh rakyat dalam PRU-14 kerana salah laku dan rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong seperti rasuah juga.

“Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman, katanya lagi.

“Malah, dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, Rukun Negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

“Bahkan, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan Bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi.

“Islam yang menjadi aqidah perjuangan PAS menetapkan bahawa politik tidak berpisah daripada agama yang ada perhitungan dosa dan pahala serta dibawa ke alam akhirat. Maka, wawasan PAS tidak tamat sekadar melepaskan harapan di alam dunia,” katanya.

Beliau berkata janji PH untuk menentang rasuah dan salah laku tidak ditepati kerana lebih sibuk untuk berebut jawatan Perdana Menteri.

“Bahkan, mereka mengambil tindakan secara terpilih, sehingga ada dalam kalangan mereka yang ditamatkan proses mahkamah di pertengahan jalan.

“Malah, ada juga tidak meneruskan pendakwaan yang sangat meragukan, begitu juga ada yang dipilih untuk diteruskan sehingga memakan masa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menerima bebanan selepasnya,” katanya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Berita berkaitan
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
18 jam lalu· Politik
Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li
September 30, 2022· Politik
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
6 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
7 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
9 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
9 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok