Rakyat tahu PM bubar Parlimen kerana Zahid, bukan PN: Saifuddin

October 12, 2022 · Politik

Menteri Luar kerajaan sementara Datuk Seri Saifuddin Abdullah yakin rakyat tahu sebab sebenar kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen ke-14 lebih awal daripada sepatutnya.

Menjawab dakwaan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata langkah membubarkan Parlimen itu tidak lain disebabkan Presiden UMNO sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Saifuddin mengingatkan Ismail Sabri supaya tidak cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapinya dengan kepimpinan tertinggi UMNO yang lain.

Untuk rekod, Ismail Sabri hanyalah salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO, berbanding Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden.

Malah, bekas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri boneka dan patung kepada Zahid yang lebih berkuasa sebagai ‘pemandu’.

Terdahulu, 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini, dengan alasan musim hujan dan banjir yang berlaku secara tahunan di Malaysia.

Susulan penyerahan surat itu juga, pada 6 dan 7 Oktober, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan keabsahan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, pada Ahad (9 Oktober) Ismail Sabri dipetik BH sebagai berkata keabsahan kerajaan pimpinannya masih kukuh dan tidak tergugat serta tidak menandakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata tindakan berkenaan tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang PM adalah tertakluk kepada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.

Bagaimanapun, susulan kenyataan Istana Negara pada 10 Oktober yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan situasi politik negara sekarang, Ismail Sabri menyalahkan pula tindakan 12 menteri Kabinetnya menghantar surat berkenaan.

Keadaan politik negara kembali kucar-kacir sejak pengkhianatan 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid yang menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dengan ikhlas melantik beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ismail Sabri sendiri, menjadi menteri Kabinet.

Pengkhianatan itu berakhir dengan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dengan PN kemudian mengetengahkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri walaupun beliau adalah daripada UMNO.

Apabila orang UMNO mengetuai negara, maka semakin kucar-kacir lah Malaysia kerana Ismail Sabri hanya Naib Presiden, sedangkan ada dua individu lagi yang lebih berkuasa daripadanya iaitu Zahid dan Mohamad Hasan.

Lagi pula UMNO berasakan merekalah yang memerintah negara walaupun sebenarnya hanya mempunyai 36 daripada 222 kerusi Parlimen. Maka bermulalah peranan mereka untuk mendesak dan melakukan bermacam-macam helah, termasuk menganggu peranan menteri-menteri Kabinet Ismail Sabri daripada PN.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata surat yang turut ditandatangani beliau kepada Yang di-Pertuan Agong bertujuan menyuarakan kebimbangan rakyat agar PRU-15 tidak dilaksanakan dalam musim tengkujuh di mana berkemungkinan berlaku banjir.

“Sebaliknya pada masa ini, rakyat mahu kerajaan memberi sepenuh tumpuan kepada langkah-langkah pemulihan ekonomi, mengawal kenaikan harga barang dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PN akan terus mendahulukan kepentingan rakyat, terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini

“Saya yakin rakyat mengetahui alasan sebenar mengapa Perdana Menteri mahu mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat. Ia tidak lain adalah berpunca daripada tekanan dan desakan oleh Presiden UMNO.

“Justeru, Perdana Menteri usahlah mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapinya itu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok