Rakyat semakin sedar dengan penipuan Anwar, tak tunai janji: PAS

May 15, 2023 · Politik

Tidak menunaikan janjinya dan sering bercakap tidak serupa bikin, rakyat kini semakin sedar dengan penipuan dibuat Anwar Ibrahim.

PAS mendakwa Perdana Menteri (PMX) dilihat boleh berubah bila-bila masa termasuk menggadaikan prinsip dan janji yang dilaungkan sebelum ini, kata Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam berkata, ia berlaku semata-mata bagi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk terus berkuasa.

“Sikap cakap tidak serupa bikin ini yang menjadikan gelombang penolakan rakyat kepada Perdana Menteri terus kuat dan membesar apabila semakin ramai yang tersedar dengan penipuan demi penipuan oleh sosok tubuh yang dahulunya dijulang sebagai hero negara.

“Rakyat tidak lupa kepada janji manis untuk menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam selepas menjadi Perdana Menteri yang kali terakhir dilaungkan dengan penuh angkuh ketika Kongres Nasional PKR pada 17 Julai 2022.

“Namun sehingga ke hari ini janji manis itu terus tinggal janji. Lebih perit lagi, Perdana Menteri pada 6 Mac yang lalu menyatakan bahawa kerajaan tiada berhasrat untuk menurunkan had harga siling petrol di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Khairil Nizam, Anwar juga pada 22 Disember tahun lalu pernah menegaskan bahawa kerajaan akan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran bagi mengelakkan pembaziran wang kerajaan.

Namun, ujarnya, syawal tahun ini tetap diadakan majlis tersebut yang bukan sekadar satu bahkan digandakan kepada enam majlis rumah terbuka kerajaan di negeri berbeza.

“Ia jelas menyanggah prinsip penjimatan wang kerajaan yang dilaungkan beliau beberapa bulan yang lalu.

“Bukan sekadar itu, rakyat juga masih ingat laungan prinsip Anwar yang tegas menolak nepotisme dan kronisme di dalam pentadbiran.

“Namun prinsip tersebut tergadai begitu sahaja apabila Perdana Menteri itu melantik anaknya sendiri sebagai penasihat selain lantikan politik bertimbun-timbun yang telah dibuat oleh kerajaan pada hari ini,” jelasnya.

Berita berkaitan
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
June 1, 2023· Rencana
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
14 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok