Rakyat sedar PH-BN bukan kerajaan boleh dipercayai, kata Radzi Jidin

March 19, 2023 · Politik

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata kerajaan campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sudah semakin tertekan, kerana gagal dalam serba-serbi pengurusan negara, termasuk menyelesaikan masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Menurutnya sebelum menjadi kerajaan, pemimpin PH, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pelbagai isu hebat untuk menyelesaikan masalah negara, tetapi ketika membentangkan Bajet 2023, kebanyakannya diambil daripada kerajaan sebelumnya.

“Kalau tengok macam ini, ini standard ambil yang dulu. Sebut balik je semua orang boleh buat. Sebab itu dalam konteks sekarang kerajaan PH-BN dah tertekan.

“Kerajaan campuran ini dah tertekan. Rakyat dah sedar bahawa ini bukan sebuah kerajaan yang boleh dipercayai.

“Cerita tentang nak menyelesaikan kos sara hidup. Isu kos sara hidup. Dah selesaikah belum? Harga barang dah murah gila dah kut sekarang?.

“Apa yang dia (kerajaan PH-BN) buat untuk menyelesaikan isu kos sara hidup? Kami menunggu nak tengok apa dia buat? Sembang (saja),” kata Radzi pada Himpunan Solidariti Kezaliman & Kempen Sayangi Kedah Sejahtera di Alor Setar, malam tadi (18 Mac 2023).

Menurut Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Putrajaya itu, dalam keadaan sekarang ini apabila kerajaan gagal menangani pelbagai isu, maka rakyat meletakkan harapan kepada pihak lain, terutama PN.

“Apabila harapan rakyat terlalu tinggi, maka kita perlu lihatdan perlu fahami bahawa cabaran berikutnya adalah Pilihan Raya Negeri (PRN). Kalau dah macam ini keadaannya mereka (PH-BN) tahu bahawa dalam PRN mereka akan menghadapi cabaran yang amat besar,” katanya.

Radzi berkata akibat hilang arah tuju dan menyedari rakyat semakin meluat gabungan parti pemerintah mengalihkan perhatian dengan menyasarkan pemimpin PN, terutama Bersatu.

“Kita dikejutkan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN dan Presiden Bersatu) dibawa ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan didakwa di mahkamah.

“Saya berada dalam kamar mahkamah bersama dengan Tan Sri Muhyiddin dan keluarga serta kepimpinan parti… mendengar apakah pertuduhan yang hendak dibacakan,” katanya.

Menurutnya semua pertuduhan sama ada di mahkamah Kuala Lumpur atau Shah Alam melibatkan wang yang masuk ke akaun bank parti, bukan ke dalam poket Muhyiddin.

“Ramai dah orang bincang tentang kesini… saya tak nak cakap banyak tapi ramai yang bertanya apa terjadi kepada kes-kes lain… apa terjadi kepada kes LCS (kapal tempur pesisir)… kes LCS sebagai contoh telah lama disebut telah lama dibincangkan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi
March 17, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok