Rakyat patut sokong PN kerana tiada “Kluster Mahkamah”

October 29, 2022 · Politik

Seorang pemimpin politik berpendapat peranan Bersatu di dalam Perikatan Nasional (PN), sama seperti UMNO di dalam Barisan Nasional (BN).

Tetapi, bekas pemimpin Parti Progresif Rakyat Malaysia (myPPP), Datuk A Chandrakumanan yang kini bersama Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) berkata Bersatu mempunyai keistimewaan lain apabila parti itu tidak mempunyai ‘Kluster Mahkamah’ berbanding UMNO.

Selain itu, katanya Bersatu telah mewujudkan sayap baharu ahli bersekutu yang melibatkan golongan bukan Melayu dan Bumiputera agar dapat sama menyumbang idea.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada gabungan itu, khususnya Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November depan.

Kata Presiden Pusat Aduan Rakyat Malaysia itu, faktor utama yang mendorong beliau menyokong PN adalah kepercayaan bahawa tidak ada gabungan politik selain PN yang mempunyai misi dan visi untuk membantu masyarakat India di negara.

“Peranan Bersatu dalam PN adalah seperti UMNO dalam BN, namun keistimewaan Bersatu adalah mereka tidak ada kluster mahkamah dalam kalangan mereka dan juga kerana Bersatu telah mewujudkan sayap baharu demi ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera agar suara mereka yang daripada mereka yang bukan Melayu Islam turut dapat menyumbang idea.

“Tidak ada satu pun parti lain di Malaysia selain Bersatu yang memberi keistimewaan ini kepada mereka yang bukan Melayu.

“Justeru, itu saya mengajak semua bekas ahli myPPP, rakan seperjuangan saya dan parti Mira untuk memberikan sokongan padu kepada PN kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut Utusan.

Katanya lagi, rakyat sudah memberikan peluang kepada BN selama 66 tahun dan kepada PH selama 22 bulan.

“Kedua-duanya telah memberikan kita keputusan yang mengecewakan. Kali ini, dengan PN, saya yakin dan pasti kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh masyarakat India akan berhenti dan masa depan yang cerah menanti masyarakat India di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin dan PN,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
22 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok