Rakyat marah buat sampai 6 rumah terbuka ketika kehidupan susah

April 27, 2023 · Politik

Langkah mengadakan enam rumah terbuka semasa kehidupan rakyat semakin susah adalah tidak wajar, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahli Parlimen Arau itu berkata penganjuran rumah terbuka di enam negeri khususnya yang diperintah Perikatan Nasional (PN) menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan rakyat khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Saya tak pasti apa niat mereka (kerajaan) melalui penganjurkan rumah terbuka ini dan pastinya ia akan menimbulkan syak wasangka.

“Kalau tujuannya ikhlas bagi menyambut perayaan, maka baguslah tapi kalau ia untuk berkempen maka kita pun akan lawan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Katanya, sekiranya kerajaan menganjurkan rumah terbuka itu bertujuan untuk berkempen bagi PRN, PN juga boleh melakukan tindakan sama bagi memastikan kemenangan di negeri-negeri terlibat.

Terdahulu, ke­rajaan Pusat memutuskan untuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri se­cara bergilir­-gilir di enam negeri di Semenanjung Malaysia bermula pada 29 April di Kedah dan dijadu­al berakhir 14 Mei di Selangor.

Selain itu, majlis sama turut dijadual berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei).

Tambah Shahidan, sekiranya majlis tersebut masih diteruskan, parti diwakili kerajaan bakal berdepan kekalahan teruk susulan penolakan rakyat dalam PRN nanti.

“Rakyat sedang marah dan mereka tertanya-tanya adakah penganjuran rumah terbuka ini untuk tujuan kempen atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, pihaknya juga masih meneruskan penganjuran rumah terbuka Parlimen Arau bersempena Hari Raya Aidilfitiri seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini.

Tambahnya, selain rakyat setempat, beberapa pemimpin utama PN juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran rumah terbuka itu.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya kali ini,” katanya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok