Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril

March 14, 2023 · Politik

Lantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) baru-baru ini boleh memberi gambaran kepada rakyat ia satu habuan politik.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang meletak jawatan selepas kalah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menyifatkan walaupun Asyraf mampu menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Mara tetapi rakyat akan melihat ia sebagai satu lantikan habuan politik.

“Rakyat melihat benda ini seolah-olah habuan kepada (mereka) yang berada dalam pasukan politik yang menang,” katanya dalam podcast “Keluar Sekejap” yang dikendalikan bersama bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam pada itu, Khairy mencelah dengan menyindir secara sini mengatakan Asyraf sudah lama merancang.

“Dalam kes Asyraf ini, nampak seolah-olah sebagai habuan. Asyraf dah lama rancang, anda (Shahril) yang lalai,” seloroh Khairy.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan lantikan Asyraf yang sebelum ini kalah dalam PRU-15 adalah sahih dan surat lantikan sudah diberikan pada Jumaat lalu.

“(Asyraf Wajdi) Telah dilantik, bukan desas-desus lagi. Beliau telah dilantik dan saya telah serah watikahkannya pada hari Jumaat yang lalu.

“Sebab itu bukan berita politik, maka ia adalah sahih,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok