Rakyat Johor tahu hukum halal haram, jangan pilih parti perasuah: Muhyiddin

February 7, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Johor mengenai hukum halal haram, tatkala menyeru pengundi di negeri itu supaya menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi.

Beliau turut mengaitkan kepimpinan BN dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang mana mahkamah telah menjatuhi hukuman bersalah dan ada yang diperintah membela diri.

“Di Johor ada sistem pendidikan agama yang mendidik orang-orang Melayu Johor supaya faham soal hukum halal haram, syurga dan neraka.

“Tapi bila soal rasuah, salah guna kuasa, masyarakat perlu memikirkan adakah mereka bersedia untuk ‘associate’ (bersekutu) diri mereka dengan kelompok seperti ini yang diwakili BN?”

“Bukankah itu satu kesalahan yang tidak boleh lagi dinafikan?” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun tidak menyatakan siapa dimaksudkan, Muhyiddin dipercayai merujuk kluster mahkamah. Berita berkaitan

Mengenai calon PN pada PRN Johor, Muhyiddin berkata mereka akan mengangkat sumpah antirasuah, seperti yang dilakukan ketika di PRN Melaka November lalu.

Katanya, PRN Johor menjadi medium untuk pengundi Melayu dan Islam menunjukkan kebencian kepada parti yang mempunyai pemimpin rasuah dan sudah dijatuhkan hukuman.

“Ini bukan boleh dipandang remeh dari sudut apa nilai. Ini bukan soal hak mengundi sahaja. Ini untuk kebaikan, membina negara berdasarkan nilai akhlak dan moral.”

Muhyiddin berkata perbincangan dengan PAS berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Johor sudah pun selesai namun masih mempunyai beberapa pertindihan kerusi dengan Gerakan yang dijangka akan diselesaikan esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon, undian awal dan hari pengundian, serta prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Johor.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sementara pada 24 Januari lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Berita berkaitan
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
March 20, 2023· Politik
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
6 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
7 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
17 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok