‘Rakyat fikir jika undi BN bermakna beri kuasa pada Zahid memerintah’

November 15, 2022 · Politik

Apakah memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sama seperti memberi kuasa kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berkuasa menentukan masa depan negara?

Itu difikirkan oleh rakyat Malaysia yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini (19 November 2022).

Tetapi, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin berpendapat pengundi, terutama orang Melayu, tidak mahu Zahid menjadi penguasa yang akan menentukan nasib mereka dan masa depan negara.

“Sekarang ini ramai orang Melayu fikirkan bahawa kalau dia undi BN – apakah undi itu beri satu kuasa kepada Zahid untuk menentukan masa depan negara?

“Rakyat keseluruhannya, khususnya orang Melayu kata, ‘kami tak mahu ini. Majoriti rakyat tidak mahu perkara ini berlaku.

“Tetapi ahli UMNO tentulah, presiden suruh buat apa pun buat. Tetapi kita bercakap tentang Melayu keseluruhan dan pengundi atas pagar.

“Saya fikir mereka sudah menyedari bahawa yang penting hari ini bukan mengenai parti, tetapi siapa yang kita mahu, nilai moralnya, yang penting, sikap kepimpinan yang ada,” katanya menurut MKini, hari ini (15 November 2022).

Hamzah yang juga calon Perikatan Nasional Parlimen Larut berkata kedudukan BN dan Zahid dalam PRU-15 ini adalah sama seperti dialami Datuk Seri Najib Razak pada PRU-14 lalu, apabila gabungan itu terpalit dengan skandal 1MDB.

Katanya, ramai orang Melayu membuat keputusan untuk menolak BN disebabkan Zahid, dan mereka tidak mahu imej Malaysia tercemar lagi.

Zahid yang juga Pengerusi BN sekarang ini berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, melibatkan berjuta-juta ringgit.

Sementara itu, Hamzah yakin daripada sokongan rakyat sekarang ini, Perikatan Nasional akan dapat menawan Perlis dan menakluki negeri-negeri utara Semenanjung serta menjadikannya kubu kuat Perikatan Nasional.

“Kita sudah dapat Kelantan, Terengganu dan Kedah. Dalam pilihan raya ini, kita akan ambil alih Perlis. Saya cukup yakin,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui menawan kubu DAP di Pulau Pinang adalah satu tugas yang sukar.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
12 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok