Rakyat dihasut benci UMNO: Zahid

May 11, 2023 · Politik

Musuh UMNO terus ghairah menanam perasaan benci dan prejudis yang melampau terhadap parti Melayu itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemainan persepsi itu terus diasak sepanjang masa hingga ia membentuk satu realiti berbahaya dalam pemikiran rakyat.

“Dapat dilihat musuh UMNO terus cuba membina propaganda negatif kerana tidak senang dengan kedudukan UMNO sekarang.

“Musuh tersebut terus ghairah menanamkan perasaan benci dan prejudis yang melampau dalam pemikiran rakyat terutamanya anak-anak muda kita yang baru sahaja bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing.

“Permainan persepsi ini diasak-asak sepanjang masa sehingga membentuk satu realiti yang merbahaya di dalam pemikiran dan kehidupan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun Umno ke-77, hari ini.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata kesemua perkara positif demi pembangunan negara diketepikan musuhnya itu yang digantikan dengan kebencian dan dendam kesumat.

“Saya yakin bahawa pihak sana bukannya tidak sedar kesan buruk daripada propaganda ini. Tetapi memilih dengan sengaja untuk memejamkan mata dan membiarkan anak muda kita terus terbuai sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.

“Semuanya demi laba dan kuasa, bukan demi rakyat dan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Perlu beri peluang kepada kerajaan untuk buktikan prestasi: Zahid
May 31, 2023· Politik Uncategorized
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok