Rakyat bukan salah pilih PN, Shahidan beritahu Zahid

May 15, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menepis kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa rakyat silap memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yanglalu

Tegasnya, Zahid sendiri yang perlu sedar majoriti undi diperoleh PN lebih besar berbanding Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

“Saya nak cakap tentang kenyataannya sebelum ini mengatakan kononnya pengundi yang melakukan kesilapan dengan memilih PN pada PRU-15 lalu telah tersedar dan akan menyokong BN dalam PRN nanti.

“Dia (Zahid) yang seharusnya kena sedar majoriti yang diperolehi PN itu begitu luar biasa sedangkan beliau sendiri pun hanya dapat majoriti 348 undi sahaja.

“Pengundi bukan silap sebab tak sokong BN, namun mereka silap kerana tak ubah seluruh negara kepada PN,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitiri DUN Tambun Tulang di pekarangan tapak Pasar Malam Utan Aji di Kangar, semalam, lapor Utusan.

Jumaat lalu, Zahid menzahirkan keyakinan bahawa pengundi yang melakukan kesilapan memilih PN pada PRU-15 lalu akan beralih sokongan bagi menyokong BN dan parti sekutunya dalam PRN tidak lama lagi.

Katanya, BN bersama Pakatan Harapan (PH) yakin mampu menang di negeri-negeri majoriti Melayu yang ditadbir PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Shahidan turut mengingatkan pengundi agar dapat membuat pilihan dengan sebaiknya memandangkan masa negara merupakan penentu bagi nasib anak-anak muda selepas ini.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya, kebanyakan rakyat sememangnya tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan pada masa kini yang dianggap lemah.

“Disebabkan itu, saya juga akan ambil beberapa tindakan tertentu selepas ini untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan kerajaan bagi menegakkan keadilan buat rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
40 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu · Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok