Rakyat bersiap-sedia hadapi banjir, UMNO siap-sedia nak pilihan raya

August 29, 2022 · Politik

Sudah beberapa hari hujan lebat bersama petir turun di ibu kota Kuala Lumpur dan juga beberapa negeri lain, ia pasti meresahkan khususnya orang ramai yang kebiasaannya kawasan mereka berdepan bencana banjir.

Bencana tahun lepas masih dalam ingatan mangsa-mangsa banjir, rumah dihanyutkan dan ramai yang hilang tempat berteduh serta terputus bekalan makanan dan minuman.

Beberapa hari ini juga, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang di beberapa negeri, malah amaran cuaca buruk itu termasuk di Bagan Datuk, kawasan Parlimen Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun amaran kaji cuaca tersebut seakan tidak membimbangkan UMNO dan Zahid sendiri terlebih awal sudah mencetuskan ribut politik pada Sabtu lalu dengan mendesak supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Hujan yang berterusan dan tidak berhenti beberapa hari ini menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan rendah sudah melakukan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir berlaku.

Selain itu, pasukan penyelamat sudah diarahkan melakukan persiapan awal di seluruh negara untuk berdepan bencana banjir akibat cuaca buruk melanda negara.

Terbaharu malam tadi, media melaporkan banjir kilat berlaku di Taiping, Perak dan beberapa penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Pasukan bomba dari Kamunting, Batu Kurau dan Bagan Serai dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mereka yang terjejas.

Menurut amaran dikeluarkan MetMalaysia, beberapa negeri yang diramal akan berdepan hujan dan ribut petir adalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lmpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan.

Hampir seluruh negara diramalkan akan mengalami hujan dan ribut petir, menurut amaran yang dikeluarkan pada 12.30 malam, 29 Ogos.

Namun, ketika rakyat sedang bersiap-sedia untuk menghadapi bencana banjir, UMNO pula dilihat bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya dengan topik bualan hangat dikalangan pemimpinnya adalah mahu PRU-15 dipercepatkan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi Zahid, tidak kisah apa sekalipun, PRU-15 perlu diadakan pada tahun ini, sama ada semasa banjir atau pun selepas banjir melanda negara.

Jika boleh, esok juga Zahid dan UMNO mahu Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU-15 diadakan tanpa mengambil kira musibah yang dihadapi rakyat jika banjir berlaku.

Bukannya UMNO tidak tahu, bermula September sehingga Disember, kebiasaannya ia adalah musim banjir melanda negara dan untuk rekod tidak pernah PRU diadakan pada penghujung tahun kerana tumpuan pastinya ke arah menyelamatkan rakyat daripada bencana melanda negara.

Tetapi Zahid dan UMNO masih mendesak Ismail Sabri supaya membubarkan Parlimen pada ketika Bajet 2023 belum pun dibentang, tetapi nampaknya perkara itu tidak dihiraukan hanya kerana kepentingan politik dan peribadi segelintir pemimpinnya.

Mengapa menggelabah dan tergesa-gesa sangat nak mengadakan PRU-15 tanpa memikirkan kepentingan rakyat?

Semua ini berpunca daripada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara terhadap Najib baru-baru ini, pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan kes mahkamah tidak dapat duduk diam dan sudah kepanasan punggung mereka melihat Najib sudah ke dalam.

Nampaknya UMNO tidak menghiraukan kepentingan rakyat yang sedang bersiap-sedia untuk menghadapi bencana banjir, tapi yang mereka kisah adalah bagaimana UMNO perlu bersiap-sedia untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka bakal diadakan juga tahun dengan segera.

Berita berkaitan
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
4 minit lalu· Isu semasa
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
1 jam lalu· Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
2 jam lalu· Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
2 jam lalu· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
4 jam lalu · Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
4 jam lalu · Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
5 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
5 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok