Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib

July 6, 2022 · Politik

Rafizi Ramli memberi pujian kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berani dan berpendirian tegas terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pujian Timbalan Presiden PKR itu hadir susulan kenyataan Mohamad atau Mat Hasan semasa wawancara dengan Asia Times yang berkata Najib perlu menjalani hukuman terlebih dahulu selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah dihadapinya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mat Hasan kerana masih ada suara-suara berani di dalam UMNO yang menyanggah kempen Najib yang cuba memperbodohkan rakyat, terutamanya orang Melayu bahawa dia tidak bersalah.

“Walaupun UMNO adalah saingan PKR, masa depan negara bergantung kepada parti-parti politik (termasuk UMNO) dipimpin oleh mereka yang bersih dari rasuah, cekap mentadbir dan mempunyai wawasan.

“Jika pun parti yang menang (pada suatu masa nanti) adalah PKR, negara masih memerlukan barisan pembangkang (seperti UMNO) yang cekap dan bersih untuk membawa isu-isu rakyat serta menyemak tindakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, kempen yang sedang digiatkan Najib bersama kumpulannya dalam menyeleweng fakta berhubung kes rasuah dihadapinya amat merbahaya kepada UMNO dan negara.

“Oleh sebab itu, kempen berterusan Najib yang ingin menyelewengkan fakta yang telah dibentangkan di mahkamah adalah berbahaya kepada UMNO dan negara.

“Apatah lagi apabila sebahagian besar dari rakyat Malaysia percaya bahawa Najib adalah bersalah dan telah menyeleweng dana rakyat melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” ujarnya lagi.

Terdahulu, Asia Times melaporkan Mohamad sebagai berkata Najib tidak sepatutnya mengharapkan layanan istimewa daripada kerajaan pimpinan UMNO jika akhirnya dipenjarakan atas pelbagai tuduhan rasuah.

Memetik laporan Asia Times, dengan tajuk ‘Exclusive: UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail’ Mohamad juga dilaporkan berkata kelesuan negara ketika ini berpunca daripada kegagalan UMNO untuk ‘memberitahu kebenaran’ mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Asia Times dimiliki oleh Asia Times Holdings Limited, sebuah syarikat berpangkalan Hong Kong yang terlibat dalam multimedia dan perhubungan awam.

Terjemahan petikan bahagian wawancara itu:

Wartawan: Adakah anda akan berasa kasihan jika Najib masuk penjara?

Mohamad: Sudah tentu, sebagai seorang kawan, saya berasa kasihan, tetapi semua orang perlu… anda perlu menghadapi apa sahaja…

Wartawan: Tanggung kesan tindakan mereka?

Mohamad: Tanggung kesan tindakan mereka, bukan? Jika anda mahukan pengampunan, anda perlu melalui proses tersebut. Anda kena masuk dalam (penjara) dulu. Anda tidak boleh diampunkan sebelum anda melalui proses; itu salah. Itu salah sama sekali.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok