Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh

November 26, 2023 · Politik

Akar umbi digesa supaya tidak terpengaruh dengan kajian terbaharu sebuah badan bebas yang mendedahkan tahap penerimaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merosot teruk, kata Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR itu seakan memperlekehkan kajian terbaharu dibuat oleh Merdeka Center yang mendakwa tahap kepuashatian rakyat terhadap Perdana Menteri jatuh teruk dengan isu ekonomi menjadi faktor utama kejatuhan ‘rating’ tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR 2023, Rafizi berkata penganalisis dan ahli akademik sentiasa memandang rendah parti itu dan Anwar.

Katanya, pakar politik sebelum ini memandang rendah PKR sehingga ada yang meramalkan kehancuran parti itu.

“Sebab itu saudara saudari, kalau tengok analisa cerdik pandai di luar ni, bila masa mereka pernah letak Anwar boleh jadi PM? Tak pernah.

“Sebab itu, selama bertahun-tahun sudah jadi disiplin kita, kita dengar, kita tapis tapi kita takkan sekali-kali tunggu untuk didendang.

“Kita memang parti tak pernah didendang dari hari pertama,” kata Rafizi dalam ucapan penggulungannya.

Menteri ekonomi itu mengulas tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang mendakwa penarafan kelulusan Anwar dan kerajaan gabungannya merosot, kebanyakannya disebabkan kebimbangan ekonomi.

Menurut Rafizi, tidak pernah sekali pun penganalisis ini mengaku tersilap dalam membuat analisis.

Dia memberitahu ahli parti itu untuk terus berpegang teguh dengan PKR, yang menurut Rafizi akan terus mencatatkan kejayaan walaupun menerima kritikan terhadap mereka.

“Tetapi jika anda mahu disanjung dengan pujian, maka anda perlu menyertai Pribumi (Bersatu).

“Atau, mungkin anda boleh menyertai PAS yang berlagak seperti parti paling popular tetapi tidak pernah menjadi perdana menteri,” katanya.

Dalam ucapannya, Rafizi turut membidas penganalisis politik yang didakwa berkongsi data terpilih yang hanya memihak kepada pembangkang.

Sebagai contoh, dia menyorot isu kemerosotan ringgit berbanding Dolar AS dan Dolar Singapura.

Walaupun benar bahawa ringgit telah merosot berbanding dua mata wang itu, Rafizi berkata, pengkritik kerajaan gagal berkongsi bahawa ringgit telah menjadi lebih kukuh berbanding mata wang lain seperti yen Jepun, pound sterling British, won Korea, Euro, Dolar Australia, dan renminbi China. .

“Ringgit kita hanya lemah berbanding USD (dolar AS) dan SGD (dolar Singapura). Tetapi mereka tidak menyebut semua yang lain yang kita telah bertambah kukuh.

“Orang-orang cerdik pandai ini sepatutnya memberitahu segala-galanya, bukan sahaja perkara yang ‘walaun’ mahu dengar,” katanya merujuk kepada cemuhan yang digunakan untuk merujuk kepada penyokong Perikatan Nasional.

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Takut dengan PN sampai sekat video TikTok, sindir Ahli Parlimen Sik
December 11, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
Pemimpin utama UMNO berkumpul di villa milik Rauf sebelum ke penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok