Rafizi optimis rundingan dengan UMNO dalam PRN berjalan baik

January 16, 2023 · Politik

Rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO boleh dijalankan secara baik seperti ‘abang dan adik’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, kata Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu optimis rundingan dengan rakan politik PH yang baharu itu akan berjalan lancar dan sekiranya berjaya ia dapat menguatkan lagi hubungan dengan UMNO dalam kerajaan campuran yang dibentuk di peringkat Persekutuan.

“Ia akan menjadi satu daripada medan untuk menguji bentuk kerjasama dengan UMNO yang saya rasa kalau berjaya dirundingkan dengan baik ia akan menjadi model untuk menguatkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat 

Persekutuan,” katanya dipetik laporan Bernama.

Berhubung kerjasaman antara PH dan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi PRN, Rafizi berkata kedua-dua pemimpin utama parti di negeri ini iaitu Aminuddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan individu yang senang untuk dibawa berbincang dan taat kepada parti.

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada Mei ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Naib Presiden PKR itu berkata ia berdasarkan perbincangan secara tidak rasmi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri terlibat berhubung perkara itu sebelum menghadiri perjumpaan Majlis Raja-Raja tempoh hari.

“Pada dasarnya kita setuju bubar pada Mei… itu bermakna PRN dalam Jun atau Julai, kita tak ada masa, tinggal beberapa bulan lagi, jadi kita kena terus bersedia atur langkah bagi memastikan kemenangan kita.

“Lepas pilihan raya pelbagai andaian dan pandangan sama ada kita bersama Barisan Nasional (BN) atau tidak, itu akan diputuskan dalam waktu terdekat. Harap ada keputusan segera untuk aturkan strategi bersama BN, kita juga nak berikan hak dari segi peruntukan dan sebagainya,” katanya.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok