Rafizi mahu kembali aktif berpolitik, pengikut setia Anwar akan terancam?

February 16, 2022 · Politik

Bekas pemimpin berpengaruh PKR, Rafizi Ramli memberi isyarat mahu kembali aktif berpolitik tetapi berkemungkinan bakal berdepan tentangan pengikut setia Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Rafizi sebelum ini mengumumkan persaraan daripada politik dan menumpukan kepada perniagaannya, namun selepas wujud perpecahan dalam PKR ditambah dengan kehadiran seteru baharu seperti orang kanan Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyebabkan terdapat desakan daripada penyokongnya untuk kembali aktif berpolitik semula.

Rafizi berkata perlu membuat pertimbangan sewajarnya kerana dijangka terdapat pihak dalam PKR sendiri dan rakan parti pembangkang yang tidak akan selesa dengan cara pendekatannya berpolitik.

“Saya mahu pastikan (pembabitan saya semula dalam politik) memberi kesan ke arah pembinaan negara, dan masa serta pengorbanan yang dibuat itu berbaloi.

“Saya perlu bersikap realistik, iaitu saya sangat radikal dalam pemikiran dan kebanyakan pemimpin PKR sekarang serta sekutunya tidak akan selesa dengan pendekatan serta idea saya,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan kewujudan kartel baharu dalam PKR yang membabitkan orang kanan Anwar tersebut.

Malah, Rafizi juga menyamakan Farhash dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya menggunakan strategi politik sama dengan membuat ugutan dan menggunakan duit untuk cepat naik.

Bagaimanapun, Rafizi berkata sekali lagi akan terpaksa mengorbankan segala-galanya wang dan masa sekiranya membuat keputusan untuk aktif berpolitik semula.

“Untuk membuat komitmen pada waktu ini bermakna saya perlu kehilangan segala-galanya sekali lagi dan mempertaruhkan segala-galanya semua ketika saya sendiri tak pasti sama ada wujud kesediaan dalam kalangan elit PKR dan sekutunya untuk hidup dengan pendekatan dan intensiti kempen saya yang dirasakan ramai golongan elit sebagai mungkin mengancam status quo mereka.

“Lebih mudah bagi ahli politik lain (untuk mempertimbangkan untuk menyertai semula politik) kerana mereka akan diberi ganjaran.

“Pertimbangan itu sedikit berbeza untuk saya,” tambah Rafizi.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut.

Berita berkaitan
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?
September 27, 2022· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
7 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
10 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
11 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok