Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran

May 28, 2023 · Politik

Dakwaan PAS terdapat tawaran dibuat untuk menyertai kerajaan campuran seperti didedahkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak diketahui Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu berkata tidak mengetahui terdapat pemimpin dalam kerajaan campuran yang menghubungi Hadi bagi membut tawaran tersebut kepada PAS untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH)-UMNO, namun baru-baru ini veteran DAP Lim Kit Siang ada membuat tawaran secara terbuka.

“Saya tak pernah dengar (dakwaan PAS ditawarkan masuk kerajaan) sedangkan saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak runding tentang pembentukan kerajaan perpaduan selain Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi sepanjang saya terlibat dalam pembentukan kerajaan perpaduan sehingga sekarang, saya tidak tahu langsung berkaitan itu, kecualilah ada sesiapa yang lain,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Rafizi terdahulu menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta barisan kepimpinan kerajaan negeri Johor.

Sementara itu, Rafizi menyifatkan dakwaan Hadi bahawa PKR lemah dan mempunyai masalah dalaman sebagai pandangan peribadi.

“Saya biasa tidak komen apa yang Hadi cakap, dia kata PKR tak kukuh itu pendapat dia. PKR memang tak kukuh tetapi Perdana Menteri adalah daripada PKR dan kita juga merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Dia (Abdul Hadi) pernah kata orang macam-macam, pernah kata orang ayam itik semua, jadi setakat dia kata PKR tak kukuh itu sudah dikira baik, paling kurang dia tak panggil kami nama yang lebih teruk,” katanya.

Semalam, Hadi mendedahkan pernah dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan, namun mempersoalkan tawaran tersebut yang sepatutnya memberi kelebihan kepada PAS kerana mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Popular
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok