Rafizi kata Sabah, Sarawak lebih baik, jadi wilayah diisytihar PN

September 16, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa kemiskinan di Sabah dan Sarawak berpunca daripada pemimpin di dua negeri itu yang bersekongkol dengan pemimpin di Semenanjung Malaysia dalam soal pengagihan kekayaan negara.

“Selama beberapa dekad, demi pakatan bersama untuk terus berkuasa, ahli politik di Semenanjung menutup mata terhadap penyelewengan dan kegagalan atau ketidakcekapan rakan politik mereka di Sabah dan Sarawak daripada gabungan yang sama,” katanya tanya menyebut rakan gabungan itu. Tetapi sejak enam dekad lalu negara diperintah Barisan Nasional diketuai UMNO.

Hanya setelah BN dan UMNO kalah teruk ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu, negara kemudian ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan kemudian Perikatan Nasional (PN).

“Akibatnya rasuah dan penyelewengan menjadi darah daging. Ramai yang berebut-rebut untuk menjadi ahli politik kerana itulah jalan menuju kekayaan. Yang kaya semakin kaya manakala yang miskin semakin miskin,” kata Rafizi dalam perutusan Hari Malaysia hari ini (16 September 2022).

Rafizi berkata di Sabah dan Sarawak, orang yang mengaut kekayaan daripada kuasa itu juga mengambil peluang untuk menuding jari kepada “Semenanjung” sebagai punca kepada semua masalah di kedua-dua negeri itu.

Katanya, itu cara mudah untuk menutup kesalahan dan pecah amanah mereka dengan berselindung di sebalik sentimen serantau yang memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.

“Saya percaya kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia adalah sebagai wilayah – bukannya negeri – seperti semangat asal penubuhan Malaysia dahulu.

“Saya percaya penduduk Sabah dan Sarawak berhak mendapat hasil yang adil dan setimpal daripada kekayaan wilayah mereka,” katanya lagi.

Sabah dan Sarawak kini diiktiraf sebagai wilayah dan bukan lagi negeri selepas Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] berkuat kuasa pada 11 Februari 2022.

Untuk rekod pindaan akta itu diluluskan ketika negara berada di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Mac 2021 mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai negeri ditukar kepada wilayah, serta-merta.

Muhyiddin berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.

Beliau juga berkata PN komited untuk meneruskan agenda bagi memastikan pembangunan dan kemajuan Sabah dan Sarawak berterusan.

Penggunaan istilah wilayah Sabah dan Sarawak itu sekali gus meletakkan kedudukan kedua-dua wilayah berkenaan setaraf dengan Semenanjung Malaysia.

Istilah ini selaras dengan konteks penubuhan Malaysia yang menggabungkan tiga wilayah iaitu Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.

Pengiktirafan itu juga meletakkan kedudukan Sabah, Sarawak lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Wilayah bukan sekadar satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Ianya tentang perkongsian sama taraf antara tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata penduduk Sabah dan Sarawak perlu memilih pemerintah yang bukan sahaja jujur tetapi cerdik, berwawasan dan cekap mentadbir kerana kedua-dua negeri itu wajar membangun pada kadar yang lebih pantas berbanding Semenanjung untuk berada pada tahap pembangunan yang sama.

“Kalau saudara-saudara berpuas hati dengan sang penguasa yang mendabik dada mengenai hak Sabah dan Sarawak sahaja tetapi tidak cerdik dan cekap membangunkan wilayah, kalau pun hasil yang banyak disalurkan kepada Sabah dan Sarawak, hasil itu akan dibazirkan kerana kegagalan mengurus dan mentadbir,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
24 jam lalu· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
24 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok