Rafizi kata kerajaan tak jatuh selepas PRN, formula kuat menang

August 3, 2023 · Politik

Sokongan pengundi terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ketika ini berada di tahap terbaik, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber serta laporan dari lapangan yang diterimanya sekali gus menafikan dakwaan bahawa tiga negeri yang ditadbir PH itu akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana diuar-uarkan Perikatan Nasional (PN), lapor Bernama.

“Saya berani katakan kejatuhan Kerajaan Perpaduan selepas PRN seperti yang digula-gulakan pimpinan PN kepada penyokong mereka tidak akan berlaku kerana laporan yang kita terima adalah sebaliknya,” katanya ketika berkempen pada Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Sungai Kandis malam tadi.

Pemimpin PN dalam ceramah mereka sepanjang kempen PRN memberi gambaran bahawa kerajaan PH-BN akan tumbang sekiranya gabungan PAS dan Bersatu itu berjaya merampas dua negeri di bawah penguasaan PH iaitu Selangor dan Negeri Sembilan pada PRN kali ini.

Dalam pada itu, Rafizi membayangkan kerjasama PAS dan Bersatu dalam PN tidak akan bertahan berdasarkan pengalaman PKR pernah bekerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan.

PRN Selangor yang akan berlangsung serentak dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini bakal menyaksikan seramai 3,747,057 pengundi berdaftar layak mengundi bagi menentukan wakil rakyat di 56 kerusi yang dipertandingkan.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok